Apakah itu iBooks Author?

iBooks Author ialah aplikasi OS X untuk mencipta buku interaktif yang kaya dengan media yang boleh dilihat dalam iBooks pada iPad atau Mac. Bermula dengan satu templat rekaan Apple dan ubah suainya mengikut kesukaan anda.

Bersama-sama dengan alat tulisan dan tataletak yang kaya dengan ciri, iBooks Author menyediakan koleksi widget yang sedia untuk digunakan untuk menambah filem, soalan semakan, galeri imej dan media interaktif lain.

iBooks Author membolehkan anda melihat rupa buku lengkap anda pada setiap masa. Anda juga boleh mempratonton buku anda pada iPad atau Mac anda pada bila-bila masa.

Anda boleh menyerahkan buku anda untuk penerbitan pada iBooks Store atau mengeksport dalam pelbagai format dan edarkan dengan sendiri.

Tetingkap aplikasi utama