Format carta

Setiap carta yang anda cipta mempunyai tajuk, petunjuk dan label. Anda boleh menempatkannya semula dan memformat elemen ini atau anda boleh menyembunyikannya. Anda juga boleh mengubah suai atribut carta seperti warna dan tekstur carta, skala paksi dan tanda rait dan gaya pencahayaan dalam carta 3D.

Formatkan tajuk, petunjuk dan label carta

  1. Pilih carta.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tunjukkan atau sembunyikan tajuk atau petunjuk carta: Dalam Pemeriksa Carta, klik Carta dan pilih atau nyahpilih Tunjukkan tajuk atau Tunjukkan Petunjuk.

    • Edit label legenda: Pilih legenda dan edit teks. Anda juga boleh mengedit label dalam Editor Data Carta.

    • Tambah elemen teks penerangan pada carta: Cipta kotak teks dan himpunkannya dengan carta.

Formatkan paksi carta

Titik data diplotkan pada paksi nilai, dan set data dihimpunkan pada paksi kategori. Kecuali untuk carta bar, paksi y ialah paksi nilai dan paksi x ialah paksi kategori. Dalam carta serak, paksi x dan juga y ialah paksi nilai. Dalam carta dengan dua paksi y, Paksi Nilai (Y1) dan Paksi Nilai (Y2) diformatkan secara berasingan.

  1. Pilih carta.

  2. Dalam Pemeriksa Carta, klik Paksi.

  3. Untuk memformat paksi kategori (x), lakukan mana-mana atau kedua-dua perkara berikut dalam bahagian Paksi Kategori (X) pada anak tetingkap Paksi:

    • Letakkan garis grid dan tanda rait: Pilih garis grid dan tanda rait yang anda mahukan daripada menu timbul Pilih Pilihan Paksi.

    • Paparkan tajuk (set data) kategori: Pilih Tunjukkan Kategori atau Tunjukkan Kategori Akhir daripada menu timbul Pilih Pilihan Paksi.

      Tentukan kekerapan label kategori muncul dalam medan “Labelkan setiap kategori n”. Sebagai contoh, nilai 2 memaparkan setiap tajuk kategori kedua, nilai 3 memaparkan setiap tajuk kategori ketiga dan seterusnya.

  4. Untuk memformatkan paksi nilai (x), lakukan mana-mana perkara berikut dalam bahagian Paksi Nilai (X) pada anak tetingkap Paksi:

    • Setkan skala linear, logaritma atau peratusan: Pilih Skala Linear, Skala Log atau Skala Peratusan daripada menu timbul Pilih Pilihan Paksi.

      Peratusan skala tersedia hanya untuk carta bar, lajur dan kawasan bertindan 2D; skala linear dan logaritma hanya tersedia untuk carta 2D yang tidak bertindan. Carta 3D mesti menggunakan skala linear.

    • Setkan nilai dipaparkan maksimum dan minimum: Masukkan nombor dalam medan Maks dan Min. Medan memaparkan perkataan “Auto” secara lalai.

    • Tentukan bilangan selang antara nilai: Masukkan nombor dalam medan Peningkatan.

    • Paparkan label nilai: Pilih sama ada Tunjukkan Label Nilai atau Tunjukkan Nilai Minimum daripada menu timbul Pilih Pilihan Paksi.

    • Tentukan unit pada paksi nilai: Pilih item daripada menu timbul Format.

      • Nombor: Jangan paparkan sebarang unit. Untuk menentukan unit, gunakan medan Akhiran. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan. Untuk memformatkan cara nombor negatif dipaparkan, pilih “–100” atau “(100)” daripada menu timbul. Jika anda mahu mengasingkan tertib magnitud di sebelah kiri perpuluhan, pilih Pemisah.

      • Mata Wang: Memaparkan nilai sebagai amaun wang. Pilih simbol mata wang daripada menu timbul Simbol. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan. Untuk memformatkan cara nombor negatif dipaparkan, pilih “–100” atau “(100)” daripada menu timbul. Jika anda mahu mengasingkan tertib magnitud di sebelah kiri perpuluhan, pilih Pemisah.

      • Peratusan: Memaparkan nilai sebagai peratusan. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan. Untuk mengasingkan tertib magnitud di sebelah kiri perpuluhan, pilih Pemisah. Jika anda mahu memformatkan cara nombor negatif dipaparkan, pilih “–100” atau “(100)” daripada menu timbul.

      • Tarikh dan Masa: Memaparkan format tarikh dan masa.

      • Tempoh: Memaparkan unit masa (contohnya, saat, minit atau minggu).

      • Pecahan: Memaparkan nilai data perpuluhan sebagai pecahan. Untuk memilih cara pecahan dibulatkan, pilih pilihan daripada menu timbul Ketepatan.

      • Saintifik: Memaparkan nilai dalam notasi saintifik, yang mana 10 dikuasakan di wakili oleh E+integer.

      • Tersuai: Pilih format nombor tersuai yang telah anda cipta atau cipta yang baru.

Anda juga boleh menukar warna dan tekstur elemen siri atau memformatkan simbol titik data dan label nilai, menggunakan anak tetingkap Siri pada Pemeriksa Carta.

Formatkan elemen dalam siri data carta

Anda boleh menggunakan beraneka jenis kesan visual untuk meningkatkan penampilan siri data, seperti bar (dalam carta lajur dan bar), bentuk titik data (dalam carta garis dan serak) dan bentuk kawasan.

Nota: Baji pai turut mewakili siri data tetapi baji pai mempunyai pertimbangan pemformatan khas.

Untuk membuat perubahan pada elemen siri, pilih dahulu elemen dalam siri yang anda mahu tukar. Kebanyakan perubahan dibuat menggunakan kawalan dalam anak tetingkap Siri pada Pemeriksa Carta.

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Isikan elemen siri yang dipilih dengan warna atau tekstur yang direka bentuk khusus: Klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Carta dan klik Warna Carta. Pilih jenis isian warna dan isikan koleksi daripada menu timbul dan lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Isikan semua elemen dalam semua siri data: Klik Gunakan Semua. Isian pertama digunakan pada elemen dalam siri pertama, isian kedua pada elemen dalam siri kedua dan seterusnya.

    • Isikan elemen dalam siri data tunggal: Seret isian pada elemen (bar, lajur dan seterusnya) dalam siri.

      Nota: Isian ini tidak dapat digunakan untuk carta garis dan serak.

  • Laraskan kelegapan, goresan, bayang atau isian bagi elemen siri yang dipilih: Pilih elemen yang anda mahu tukar dan buat pelarasan yang anda mahukan dalam Pemeriksa Grafik.

  • Paparkan label titik data dalam format tertentu: Pilih carta, klik Siri dalam pemeriksa Carta, pilih Label Nilai dan pilih pilihan daripada menu timbul Format:

    • Nombor: Jangan paparkan sebarang unit. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan. Untuk mengasingkan tertib magnitud di sebelah kiri perpuluhan, pilih Pemisah. Jika anda mahu memformatkan cara nombor negatif dipaparkan, pilih “–100” atau “(100)” daripada menu timbul.

    • Mata Wang: Memaparkan nilai sebagai amaun wang. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan. Untuk mengasingkan tertib magnitud di sebelah kiri perpuluhan, pilih Pemisah. Untuk memformatkan cara nombor negatif dipaparkan, pilih “–100” atau “(100)” daripada menu timbul. Jika anda mahu menambah simbol mata wang, pilih pilihan daripada menu timbul Simbol.

    • Peratusan: Memaparkan nilai sebagai peratusan. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan. Untuk mengasingkan tertib magnitud di sebelah kiri perpuluhan, pilih Pemisah. Jika anda mahu memformatkan cara nombor negatif dipaparkan, pilih “–100” atau “(100)” daripada menu timbul.

    • Tarikh dan Masa: Memaparkan format tarikh dan masa.

    • Tempoh: Memaparkan unit masa (contohnya, saat, minit atau minggu).

    • Pecahan: Memaparkan nilai data perpuluhan dalam bentuk pecahan. Untuk memilih cara pecahan dibulatkan, pilih pilihan daripada menu timbul Ketepatan.

    • Saintifik: Memaparkan nilai dalam notasi saintifik, yang mana 10 dikuasakan di wakili oleh E+integer. Untuk menentukan bilangan tempat perpuluhan, masukkan nombor dalam medan Perpuluhan.

    • Tersuai: Pilih format nombor tersuai yang telah anda cipta atau cipta yang baru.

Tunjukkan bar ralat untuk titik data dalam siri yang dipilih

Anda boleh menunjukkan bar ralat di sekeliling titik data dalam semua jenis carta 2D kecuali untuk carta pai. Pilih daripada hujung garis berlainan dan warna dalam Pemeriksa Grafik.

  1. Jika Pemeriksa Carta tidak terbuka, klik butang Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Carta dan klik Siri.

  2. Klik segi tiga pendedahan Lanjutan di bahagian bawah anak tetingkap Siri dan klik Bar Ralat.

    Untuk carta serak, anda boleh mempunyai bar ralat untuk kedua-dua siri data. Setkannya secara berasingan dengan mengikuti arahan untuk kedua-dua paksi.

  3. Daripada menu timbul pertama, pilih cara anda mahukan bar ralat dipaparkan:

    • Positif dan Negatif: Paparkan bar ralat penuh, di atas dan di bawah setiap titik data.

    • Positif Sahaja: Memaparkan hanya sebahagian daripada setiap bar ralat yang jatuh di atas titik datanya.

    • Negatif Sahaja: Memaparkan hanya sebahagian daripada setiap bar ralat yang jatuh di bawah titik datanya.

  4. Daripada menu timbul kedua, pilih jenis bar ralat yang anda mahu paparkan.

Tunjukkan garis aliran untuk titik data dalam siri yang dipilih

Garis aliran ialah garis yang dikira dan dilukis agar muat pada data anda, menurut jenis persamaan yang anda suka. Anda boleh memaparkan garis aliran untuk kebanyakan jenis carta 2D, kecuali bar bertindak, lajur, kawasan dan carta pai.

  1. Pilih siri untuk yang mana anda mahu tunjukkan garis aliran.

  2. Jika Pemeriksa Carta tidak terbuka, klik butang Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Carta dan klik Siri.

  3. Klik segi tiga pendedahan Lanjutan di bahagian bawah anak tetingkap Siri dan klik Garis Aliran.

  4. Dalam menu timbul, pilih jenis persamaan yang anda mahu gunakan untuk mengira garis aliran.

  5. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Lihat persamaan yang menerangkan garis aliran: Pilih garis dan pilih Tunjukkan Persamaan. Anda boleh menyeret persamaan ini ke mana-mana sahaja anda mahukan ia muncul pada halaman.

    • Lihat nilai dikuasa R yang telah digunakan untuk mengira garis aliran: Pilih garis dan pilih “Tunjukkan nilai R2.” Anda boleh menyeret nombor ini ke mana-mana sahaja anda mahukan ia muncul pada halaman.

    • Paparkan label untuk garis aliran: Pilih garis dan pilih Label. Masukkan label dalam medan bersebelahan.

    • Tukar ketebalan dan warna garis: Pilih garis dan klik butang Pemeriksa Grafik di bahagian atas tetingkap Pemeriksa. Lakukan pelarasan menggunakan kawalan dalam bahagian Goresan pada Pemeriksa Grafik.