Format sel dan sempadan jadual

Anda boleh memformatkan jadual menggunakan Pemeriksa Jadual; banyak pilihan tersedia dalam bar format.

Pisahkan atau cantum sel jadual

Memisahkan sel membahagikan setiap sel yang dipilih kepada dua bahagian sama rata, secara mendatar (menjadi baris) atau menegak (menjadi lajur). Kedua-dua sel baru mempunyai warna atau imej latar belakang yang sama. Sebarang teks yang berada dalam sel asal kekal dalam sel paling atas atau paling kiri.

Mencantumkan sel jadual akan menggabungkan sel bersebelahan menjadi satu atau menyambung semula yang telah dipisahkan sebelum ini, menyingkirkan sempadan agar ia berkelakuan sebagai sel tunggal.

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Pisahkan sel yang dipilih secara mendatar: Pilih Format > Jadual > Pisahkan menjadi Baris.

  • Pisahkan sel yang dipilih secara menegak: Pilih Format > Jadual > Pisahkan menjadi Lajur.

  • Sambung semula sel yang telah dipisahkan sebelumnya: Pilih semua sel yang anda mahu sambung semula dan pilih Format > Jadual > Cantum Sel.

Apabila anda mencantumkan sel, berikut ialah apa yang berlaku pada kandungan sel:

  • Sel bersebelahan mendatar mengandungi teks, nombor, nilai diformatkan atau formula: Semua kandungan menjadi teks yang dipisahkan tab.

  • Sel bersebelahan menegak mengandungi teks, nombor, nilai diformatkan atau formula: Semua kandungan menjadi teks yang dipisahkan pembawa kembali.

  • Sel lajur: Latar belakang sel menggunakan imej atau warna daripada sel teratas.

  • Sel baris: Latar belakang sel menggunakan imej atau warna daripada sel paling kiri.

  • Sel kosong dan sel bukan kosong: Kandungan sel bukan kosong dikekalkan.

  • Sel kosong dan sel yang mengandungi format nombor: Format nombor dikekalkan.

Saiz semula baris atau lajur jadual

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Saiz semula baris atau lajur individu: Seret sempadan baris atau lajur.

  • Jadikan semua baris atau lajur bersaiz sama: Pilih jadual dan pilih Format > Jadual > Edarkan Pilihan Sama Rata.

  • Jadikan baris atau lajur tertentu (bersebelahan atau tidak bersebelahan) sama saiz: Pilih satu atau lebih sel dan pilih Format > Jadual > Edarkan Pilihan Sama Rata.

  • Tentukan dimensi untuk tinggi baris atau lebar lajur: Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Jadual, setkan nilai dalam medan Lebar Lajur dan Tinggi Baris.

  • Saiz semua sel jadual secara automatik untuk memuatkan kandungannya: Dalam anak tetingkap Jadual pada Pemeriksa Jadual, pilih “Saiz semula secara automatik agar muat pada kandungan.”

Warna baris jadual selang seli

Gunakan warna latar belakang berlainan untuk baris selang seli untuk memberi kesan berjalur pada jadual.

  1. Pilih jadual.

  2. Jika Pemeriksa Jadual tidak terbuka, bukanya.

  3. Dalam Pemeriksa Jadual, klik Jadual dan pilih Warna Baris Berselang Seli.

  4. Klik perigi warna bersebelahan untuk membuka tetingkap Warna dan pilih warna untuk baris selang seli.

  5. Untuk menukar atribut isian warna bagi baris lain, gunakan pilihan Latar Belakang Sel dalam Pemeriksa Jadual.

Gunakan format sel pada sel jadual

Anda boleh menggunakan format pada sel untuk memaparkan nilainya dalam cara tertentu. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan format mata wang pada sel yang mempunyai nilai mata wang agar simbol mata wang tersebut (seperti $, £ atau ¥) muncul di depan nombor dalam sel.

  1. Pilih sel.

  2. Jika Pemeriksa Jadual tidak terbuka, bukanya.

  3. Klik Format dalam Pemeriksa Jadual.

  4. Pilih format daripada menu timbul Format Sel.

    Untuk menambah nilai pada sel kosong yang mempunyai format, pilih sel dan masukkan nilai. Format digunakan apabila anda meninggalkan sel.

    Selepas anda menentukan format sel, anda boleh mengaitkan format dengan berbilang sel menggunakan isi auto.

    Gunakan format sel jadual ini

    Apabila anda mahu

    Automatik

    Formatkan kandungan secara automatik berdasarkan aksara yang terkandung dalamnya (tiada pemformatan khas digunakan)

    Nombor

    Formatkan tempat perpuluhan angka, pemisah ribu atau nilai negatif

    Mata Wang

    Formatkan nilai wang

    Peratusan

    Paparkan nilai angka diikuti dengan simbol peratusan (%)

    Tarikh dan Masa

    Formatkan nilai tarikh dan masa

    Tempoh

    Formatkan nilai minggu, hari, jam, minit, saat dan mikrosaat

    Pecahan

    Formatkan nilai lebih kecil daripada 1

    Sistem Angka

    Formatkan nombor menggunakan konvensyen bagi sistem angka tertentu (seperti perpuluhan atau perduaan)

    Saintifik

    Formatkan nombor menggunakan eksponen yang dikuasa 10

    Teks

    Paparkan kandungan sel secara tepat seperti anda menaipnya

    Tersuai

    Tentukan format sel anda sendiri

Untuk mengeluarkan pemformatan sel, pilih Automatik daripada menu timbul Format Sel.

Tambah warna pada jadual atau sel jadual

Anda boleh menambah warna padu pada keseluruhan jadual atau sel jadual individu. Anda juga boleh menambah gradien warna pada sel jadual individu.

  1. Pilih seluruh jadual atau satu atau lebih sel jadual.

  2. Jika Pemeriksa Jadual tidak terbuka, bukanya.

  3. Dalam anak tetingkap Jadual, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tambah warna padu pada jadual atau sel jadual: Pilih Isian Warna daripada menu timbul Latar Belakang Sel.

    • Tambah gradien warna pada satu atau lebih sel jadual: Pilih Isian Gradien daripada menu timbul Latar Belakang Sel.

Anda masih boleh menaip atas latar belakang sel.

Formatkan sempadan sel jadual

  1. Pilih sempadan sel jadual.

  2. Jika Pemeriksa Jadual tidak terbuka, bukanya.

  3. Dalam anak tetingkap Jadual, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tukar gaya garis (goresan): Pilih garis padu, garis terputus putus atau Tiada (untuk menjadikan sempadan tidak kelihatan) daripada menu timbul Sempadan Sel.

    • Tukar warna garis: Klik perigi warna dan pilih warna dalam tetingkap Warna.

    • Tukar ketebalan garis: Tentukan nombor dalam medan bersebelahan menu timbul Sempadan Sel. Untuk memasukkan nilai di luar julat 0.25 hingga 10, taipkannya dalam medan.