Tambah dan edit persamaan dengan LaTeX, MathML atau MathType

Anda boleh menambah ungkapan dan persamaan dan membolehkannya muncul dalam buku lengkap anda. Untuk menambah persamaan dalam format LaTeX atau MathML, gunakan iBooks Author atau gunakan MathType jika anda mempunyai MathType 6.7d atau lebih baru dipasang.

Anda boleh melaraskan saiz fon dan warna persamaan sama seperti dengan teks biasa.

Nota: Ungkapan dan persamaan matematik yang dicipta dengan LaTeX, MathML atau MathType tidak dapat dimasukkan ke dalam sel jadual.

Tambah persamaan dengan LaTeX atau MathML

  1. Letakkan titik pemasukan di tempat anda mahukan persamaan muncul.

  2. Pilih Masukkan > Persamaan.

  3. Masukkan persamaan LaTeX atau MathML anda dalam medan yang disediakan.

    Apabila anda selesai menaip, pratonton persamaan anda dipaparkan.

    Jika pratonton menunjukkan persamaan yang kosong atau ralat, semak persamaan anda.

  4. Klik Masukkan untuk menambah persamaan ini pada buku anda.

  5. Untuk menukar saiz fon atau warna persamaan LaTeX atau MathML, klik persamaan dan laraskan saiz fon dan warna dalam bar format.

  6. Untuk mengedit persamaan, dwikliknya dan masukkan pengeditan anda, kemudian klik Kemas Kini.

Tambah persamaan dengan MathType

Anda boleh menggunakan MathType 6.7d atau lebih baru untuk menambah persamaan pada buku anda.

Petua: Untuk mengeset MathType sebagai alat pengeditan persamaan lalai, pilih iBooks Author > Keutamaan, Klik Umum dan pilih “Masukkan dan edit persamaan dengan MathType.”

  1. Letakkan titik pemasukan di tempat anda mahukan persamaan muncul.

  2. Pilih Masukkan > Persamaan.

    Jika anda mengeset MathType sebagai alat pengeditan persamaan lalai anda, MathType dibuka secara automatik.

  3. Masukkan persamaan anda dalam medan yang disediakan.

    Lihat Bantuan MathType untuk arahan penggunaan alat MathType.

  4. Untuk menyimpan persamaan anda, pilih Fail > Tutup dan Kembali ke iBooks Author, kemudian klik Ya dalam tetingkap yang muncul.

  5. Untuk mengedit persamaan, dwikliknya untuk membuka MathType sekali lagi.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perintah LaTeX, elemen MathML dan atribut MathML yang disokong, lihat artikel Sokongan Apple iBooks Author: Perihal sokongan LaTeX dan MathML.