Pilih, alihkan dan duplikasi objek

Apabila anda mengklik objek untuk memilihnya, pemegang muncul. Anda boleh menggunakan pemegang untuk memanipulasi objek.

Dalam keadaan tertentu, cara anda mengalihkan objek bergantung pada sama ada objek sebaris, terapung atau bersauh.

Contohnya objek terapung dan sebaris dengan pemegang pemilihan

Pilih objek

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Pilih objek: Klik padanya.

    Untuk memilih objek yang Isi disetkan kepada Tiada, klik sempadan objek.

  • Pilih berbilang objek: Command-klik padanya.

    Anda boleh memilih berbilang objek terapung dan bersauh. Jika anda memilih objek sebaris, anda hanya boleh Command-klik objek sebaris lain.

  • Pilih semua objek pada halaman: Tekan Command-A.

    Ini tidak memilih objek sebaris.

  • Pilih objek yang dikumpulkan bersama objek lain: Klik objek dua kali dengan perlahan atau uraikan objek dahulu (pilih Susun > Uraikan).

    Jika mengklik dua kali tidak memilih objek individu yang anda mahukan, ia mungkin tersarang dalam lapisan kumpulan. Klik sekali lagi sehingga objek yang anda mahukan dipilih.

  • Pilih atau nyahpilih satu objek apabila berbilang objek dipilih: Command-klik objek.

Alihkan objek

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Alihkan objek: Seretnya. Jangan seret pemegang pemilihan objek kerana anda mungkin menukar saiz objek secara tidak sengaja.

    Untuk mengalihkan objek yang warnanya disetkan kepada Tiada, seret sempadan objek.

  • Kekang pergerakan objek kepada mendatar, menegak atau sudut 45 darjah: Tahan kekunci Shift sambil anda menyeret.

  • Alihkan objek satu piksel demi satu piksel: Tekan kekunci anak panah. Untuk mengalihkan objek sepuluh piksel pada satu masa, tekan Shift dan kekunci anak panah.

  • Tunjukkan kedudukan objek apabila anda mengalihkannya: Pilih iBooks Author > Keutamaan, Klik Umum dan pilih “Tunjukkan saiz dan kedudukan apabila mengalihkan objek.”

Salin atau perduakan objek

Sama ada anda menyalin atau memperduakan objek bergantung pada tempat anda mahu meletakkan salinan tersebut. Jika anda meletakkan salinan jauh daripada yang asal (contohnya, dalam bab lain), menyalin dan menampal adalah lebih mudah. Jika anda meletakkan salinan berdekatan yang asal, memperduakan biasanya menjadi lebih mudah.

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Salin dan tampal objek: Pilihnya, pilih Edit > Salin, klik tempat anda mahukan salinan muncul dan pilih Edit > Tampal.

  • Perduakan objek, lakukan salah satu daripada yang berikut: 

    • Option-seret objek.

    • Pilih objek dan kemudian pilih Edit > Perduakan. Salinan muncul di atas yang asal, sedikit diofset. Seret salinan ke lokasi yang anda inginkan.

Jika anda tidak dapat memilih atau mengalihkan objek, objek mungkin telah dikunci, dilapiskan di belakang objek lain atau dikumpulkan dengan objek lain.