Tambah pautan dan penanda buku

Anda boleh mencipta pautan teks atau imej yang boleh diketik atau diklik oleh pembaca anda untuk pergi ke tempat lain dalam buku, pergi ke halaman web atau membuka mesej e-mel yang telah dialamatkan.

Semasa anda mencipta buku anda, anda boleh menavigasi cepat ke lokasi tertentu dalam buku dengan menambah penanda buku. Jika anda menambah pautan pada penanda buku anda, pembaca anda juga boleh menggunakannya dalam buku yang dilengkapkan.

Cipta pautan

  1. Pilih teks atau imej yang anda mahu jadikan pautan.

  2. Jika Pemeriksa Pautan tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Pautan.

  3. Dalam Pemeriksa Pautan, klik Hiperpautan.

  4. Pilih kotak semak “Dayakan sebagai hiperpautan.”

  5. Pilih pilihan daripada menu timbul Pautkan Kepada:

    • Halaman web: Masukkan URL.

    • Mesej E-mel: Masukkan alamat e-mel dan baris subjek.

    • Penanda buku Pilih penanda buku daripada menu timbul Nama.

      Jika menu timbul Nama kosong, tambah penanda buku seperti yang diterangkan di bawah.

    • Rajah: Pilih rajah dalam senarai Nama. Untuk melihat jenis rajah tertentu sahaja (contohnya, semua filem atau galeri), pilih pilihan daripada menu timbul Gaya.

    • Bab atau Bahagian: Pilih pilihan daripada menu timbul Bab.

    • Nombor Halaman: Masukkan nombor halaman.

Keluarkan pautan

Anda boleh menyahaktifkan semua pautan dalam buku atau anda boleh mengeluarkan pautan daripada satu pilihan.

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Jadikan semua pautan tidak aktif: Dalam Pemeriksa Pautan, pilih kotak semak “Jadikan semua hiperpautan tidak aktif.”

    Untuk mengaktifkan semula pautan terdahulu anda, nyahpilih kotak semak ini.

  • Jadikan satu pautan tidak aktif: Pilih pautan (untuk memilih teks dipautkan, klik di luar teks dan gunakan kekunci Shift dan anak panah) dan nyahpilih kotak semak “Dayakan sebagai hiperpautan” dalam Pemeriksa Pautan.

Tambah penanda buku

  1. Pilih teks yang anda mahu jadikan penanda buku.

  2. Jika Pemeriksa Pautan tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Pautan dan klik Penanda Buku.

  3. Untuk menambah teks yang dipilih sebagai penanda buku, klik butang Tambah .

Untuk memadamkan penanda buku, pilih penanda buku dalam senarai dan klik butang Padam .

Untuk mengisih penanda buku mengikut nama atau nombor halaman, klik tajuk lajur Nama atau Halaman.