Tempatkan dan jajarkan objek

Apabila anda menyeret objek, panduan penjajaran muncul secara automatik semasa objek dijajarkan dengan objek lain dan hilang apabila anda berhenti menyeret. Secara lalai, panduan ini muncul apabila pusat objek dijajarkan dengan pusat objek lain, tetapi anda boleh menukar kelakuannya apabila pinggir objek sejajar.

Anda juga boleh menambah panduan mendatar atau menegak anda sendiri dan meletakkannya di mana-mana pada halaman. Panduan penjajaran ini tidak muncul dan hilang semasa anda menyeret objek, tetapi kekal kelihatan semasa anda bekerja. Anda juga boleh mengunci panduan penjajaran untuk mengelakkan daripada mengalihkannya secara tidak sengaja semasa anda bekerja.

Anda juga boleh menjajarkan berbilang objek secara relatif kepada satu sama lain atau menentukan lokasi objek menggunakan koordinat x dan y objek itu.

Tambah dan ubah suai panduan penjajaran

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tambah panduan penjajaran: Klik pembaris dan seret panduan penjajaran ke halaman.

    Jika pembaris tidak kelihatan, pilih Tunjukkan Pembaris daripada menu timbul Paparan dalam bar alat.

  • Keluarkan panduan penjajaran: Seretnya daripada pinggir halaman.

  • Tukar kelakuan lalai panduan penjajaran automatik: Pilih iBooks Author > Keutamaan, klik Pembaris dan pilih pilihan:

    • Tunjukkan panduan di pusat objek: Tunjukkan panduan apabila pusat objek sejajar dengan pusat objek lain:

    • Tunjukkan panduan di pinggir objek: Paparkan panduan apabila pinggir objek sejajar dengan pinggir objek lain:

    • Tunjukkan jarak relatif: Memaparkan jarak antara tiga atau lebih objek sama jarak dalam satu baris.

    • Tunjukkan saiz relatif: memaparkan saiz relatif objek kepada objek lain (tinggi atau lebar).

  • Kunci kedudukan panduan penjajaran: Pilih Paparan > Kunci Panduan. Untuk membenarkan panduan penjajaran di tempatkan semula, pilih Paparan > Buka Kunci Panduan.

  • Tukar warna panduan penjajaran: Pilih iBooks Author > Keutamaan, klik Pembaris, klik perigi warna Panduan Penjajaran dan pilih warna dalam tetingkap Warna.

Jajarkan objek yang relatif kepada satu sama lain

  1. Klik objek yang anda mahukan sejajar dengan objek lain.

  2. Command-klik objek lain yang anda mahu jajarkan.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tempatkan objek agar ia sejajar dengan objek pertama: Pilih Susun > Jajarkan Objek > Pilihan.

    • Jarakkan objek secara sekata pada halaman: Pilih Susun > Sebarkan Objek > Pilihan.

Tempatkan objek menggunakan koordinat x dan y objek tersebut

  1. Pilih objek yang anda mahu tempatkan pada halaman.

  2. Jika Pemeriksa Metrik tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Metrik.

  3. Dalam medan Kedudukan, masukkan nilai x dan y (dalam unit pembaris).

    Nilai x diukur daripada pinggir kiri halaman ke penjuru kiri atas objek.

    Nilai y diukur daripada pinggir atas halaman ke penjuru kiri atas objek.

    Objek sedang diseret dan nilai koordinat x dan y muncul dalam tindanan

    Jika objek dipusing, koordinat x dan y merujuk pada penjuru kiri atas semasa, bukan penjuru asal.

    Jika objek ialah garis, koordinat Mula merujuk pada titik tamat pertama yang anda cipta (atau titik tamat kiri atas, jika anda tidak melukis garis). Jika anda kemudian membalikkan atau memusing garis, koordinat Mula terus merujuk pada titik tamat asal.

    Pemeriksa metrik menunjukkan koordinat x dan y daripada titik tamat garis

Untuk menukar unit yang digunakan dalam pembaris (contohnya, daripada titik kepada inci), pilih iBooks Author > Keutamaan, klik Pembaris dan pilih pilihan daripada menu timbul Unit Pembaris.