Tukar rupa objek

Saiz semula objek

Secara lalai, lebar dan tinggi objek dipaparkan apabila anda mensaiz semulanya. Untuk menyahaktifkan ukuran, pilih iBooks Author > Keutamaan, klik Umum dan nyahpilih “Tunjukkan saiz dan kedudukan apabila mengalihkan objek.”

  1. Pilih objek yang anda mahu saiz semula.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Saiz semula keseluruhan objek: Seret pemegang pilihan aktif.

      Objek sebaris dengan pemegang pilihan aktif dipaparkan
    • Saiz semua objek dalam satu arah sahaja: Seret pemegang sisi.

    • Saiz semula objek dari pusatnya: Tahan kekunci Pilihan sambil anda menyeret.

    • Kekalkan perkadaran objek: Tahan kekunci Shift sambil anda menyeret. (Anda juga boleh memilih “Kekang perkadaran” dalam Pemeriksa Metrik.)

    • Saiz semula objek kepada dimensi khusus: Gunakan kawalan Lebar dan Tinggi dalam Pemeriksa metrik.

      Petua: Anda boleh memilih berbilang objek dan mensaiz semulanya sekaligus.

    • Kembalikan objek kepada saiz lalainya: Klik Saiz Asal dalam Pemeriksa Metrik.

Balikkan atau pusing objek

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Balikkan objek secara mendatar atau menegak: Pilih objek dan pilih Susun > Balikkan Mendatar atau Susun > Balikkan Menegak.

    Anda juga boleh menggunakan butang Balikkan dalam Pemeriksa Metrik.)

  • Pusing objek: Pilih objek, tahan kekunci Command dan gerakkan penuding ke atas pemegang pilihan sehingga ia bertukar kepada anak panah melengkung berkepala dua dan seret pemegang.

    Untuk memusing objek dalam tokokan 45 darjah, tahan kekunci Shift dan Command semasa anda menyeret.

    Anda juga boleh menggunakan Roda putar atau kawalan Sudut dalam Pemeriksa Metrik.

  • Pusing bentuk tetapi kekalkan teksnya mendatar: Pusing bentuk dan pilih Format > Bentuk > Reset Pemegang Teks dan Objek.

    Anda tidak boleh memusing jadual sebaris.

Tambah bayang

  1. Pilih objek dan pilih kotak semak Bayang dalam bar format.

    Jika bar format tidak kelihatan, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Format.

  2. Jika Pemeriksa grafik tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Grafik.

  3. Dalam Pemeriksa Grafik, laraskan mana-mana daripada yang berikut:

    • Sudut: Setkan sudut bayang.

    • Ofset: Setkan sejauh mana bayang berada daripada objek atau teks.

    • Kabur: Laraskan kelembutan pinggir bayang.

    • Kelegapan: Masukkan peratusan dalam medan untuk menukar kelutsinaran bayang.

    • Perigi warna: Tukar warna bayang.

    Kawalan bayang dalam Pemeriksa Grafik

Tukar kelegapan objek

  1. Pilih objek.

  2. Jika Pemeriksa grafik tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Grafik.

  3. Seret gelangsar Kelegapan atau masukkan peratusan dalam medan bersebelahan.

    Kawalan kelegapan dalam Pemeriksa Grafik

Untuk bentuk, anda boleh mengesetkan kelegapan warna untuk isian dan goresan (sempadan) secara berasingan daripada kelegapan objek. Jika anda mengubah suai warna isian atau goresan kelegapan (dengan menyeret gelangsar Kelegapan dalam tetingkap Warna), nilai kelegapan tersebut menjadi kelegapan maksimum objek. Kemudian, apabila anda menggunakan pemeriksa Grafik untuk menukar kelegapan objek, anda menukarnya secara relatif kepada kelegapan yang anda setkan dalam tetingkap Warna.

Jika anda menukar kelegapan objek dan kemudian tidak dapat memulihkan warna isian objek kepada 100 peratus, ia mungkin disebabkan kelegapan disetkan kepada kurang daripada 100 peratusan dalam tetingkap Warna. Untuk membetulkannya, pilih objek, pilih Paparan > Tunjukkan Warna dan setkan kelegapan dalam tetingkap Warna kepada 100 peratus.

Isi objek dengan warna atau gradien

Anda boleh mengisi bentuk, jadual, sel jadual, elemen carta dan objek lain dengan warna padu.

Anda juga boleh mengisi bentuk, sel jadual, elemen carta dan objek lain dengan dua atau lebih warna yang bercampur antara satu sama lain (dipanggil gradien warna).

  1. Pilih objek.

  2. Jika Pemeriksa grafik tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Grafik.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Isi objek dengan warna padu: Pilih Isian Warna daripada menu timbul Isian.

      Petua: Anda juga boleh mengisi objek dengan cepat dengan warna menggunakan perigi warna Isian dalam bar format.

    • Isi objek dengan isian gradien dua warna yang konsisten: Pilih Isian Gradien daripada menu timbul Isian.

      Nota: Anda boleh mengisi sel jadual individu dengan gradien, tetapi bukan keseluruhan jadual.

      Kawalan untuk pilihan Isian Gradien dalam Pemeriksa Grafik
    • Isi bentuk dengan gradien tersuai: Pilih Isian Gradien Lanjutan daripada menu timbul Isian.

      Kawalan untuk pilihan Isian Gradien Lanjutan dalam Pemeriksa Grafik
  4. Untuk menukar warna atau kelegapannya, klik perigi warna di bawah menu timbul Isian, gunakan tetingkap Warna untuk memilih warna dan kelegapan dan seret warna daripada perigi warna di bahagian atas tetingkap Warna ke perigi warna dalam Pemeriksa Grafik.

    Jika anda memilih Isian Gradien, gunakan proses ini untuk setiap perigi warna. Dengan Isian Gradien Lanjutan, klik kawalan warna di bawah lajur gradien.

  5. Jika anda memilih Isian Gradien atau Isian Gradien Lanjutan, lakukan mana-mana satu atau kedua-dua daripada yang berikut:

    • Setkan arah untuk gradien: Gunakan roda atau medan Sudut.

    • Balikkan gradien: Klik butang Balikkan (dengan anak panah melengkung berkepala dua atau dengan dua anak panah di arah bertentangan).

  6. Jika anda memilih Isian Gradien Lanjutan, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tambah warna lain pada gradien: Klik di bawah jalur gradien di tempat anda mahu warna baru bermula.

    • Tukar sejauh manakah warna bercampur: Seret kawalan titik campuran di atas jalur gradien.

    • Cipta gradien radial (membulat): Klik butang Gradien Radial. Untuk memusatkan semula gradien, seret titik pengeditan biru kecil di pusat objek. Untuk menukar ketajaman warna bercampur, seret titik pengeditan biru ke luar objek lebih dekat dengan atau lebih jauh daripada pusat gradien.

      Titik pengeditan untuk melaraskan gradien radial

Isi objek dengan imej

Anda boleh mengisi bentuk atau elemen carta dengan imej dan imej berwarna sedikit.

  1. Pilih objek.

  2. Jika Pemeriksa grafik tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Grafik.

  3. Pilih Isian Imej atau Isian Imej Berwarna Sedikit daripada menu timbul Isian.

  4. Pilih imej.

    Jika sudah ada imej di sana dan anda mahu menukarnya, klik Pilih. Atau seret fail daripada Finder atau Pelayar Media ke perigi imej dalam Pemeriksa Grafik ke siri carta.

    Anda boleh memilih fail dalam sebarang format fail yang disokong.

    Kawalan untuk pilihan Isian Imej dalam Pemeriksa Grafik
  5. Jika anda memilih Isian Imej Berwarna, klik perigi warna (ke sebelah kanan butang Pilih) untuk memilih warna. Seret gelangsar Kelegapan dalam tetingkap Warna untuk menjadikan warna lebih gelap atau lebih cerah. Menyeret gelangsar Kelegapan dalam Pemeriksa Grafik menukar kelegapan warna dan foto.

    Kawalan untuk pilihan Isian Imej Berwarna dalam Pemeriksa Grafik
  6. Untuk menukar cara imej mengisi objek, pilih pilihan daripada menu timbul di atas butang Pilih:

    • Skalakan agar Muat: Saiz semula imej agar muat pada dimensi objek sebaik mungkin. Jika bentuk objek berbeza daripada imej, sebahagian imej mungkin tidak muncul atau ruang kosong mungkin muncul di sekeliling imej.

    • Skalakan untuk Mengisi: Membuatkan imej lebih besar atau kecil untuk meninggalkan ruang putih minimum di sekeliling imej, walaupun objek dan imej mempunyai bentuk berlainan.

    • Regang: Mensaizkan imej agar muat pada dimensi objek tetapi mungkin mengherotkan imej jika bentuknya berbeza daripada bentuk objek.

    • Saiz Asal: Meletakkan imej di dalam objek tanpa mengubah dimensi asal imej. Jika imej lebih besar daripada objek, anda hanya dapat melihat sebahagian imej. Jika imej lebih kecil daripada objek, ruang kosong muncul di sekeliling imej.

    • Jubin: Mengulangi imej di dalam objek, jika imej adalah lebih kecil daripada objek. Jika imej lebih besar daripada objek, anda hanya dapat melihat sebahagian imej di dalam objek.