Tukar sempadan objek

Anda boleh menambah, mengeluarkan atau mengubah suai sempadan (juga dipanggil goresan) di sekeliling kebanyakan objek. Daripada menggunakan garis, anda boleh menggunakan sempadan grafik yang dipanggil bingkai gambar.

Bar format mengandungi kawalan untuk menukar gaya garis, ketebalan dan warna sempadan. Gunakan Pemeriksa grafik untuk membuat pelarasan tambahan. Berikut ialah kawalan Goresan dalam Pemeriksa Grafik:

Kawalan Goresan dalam Pemeriksa Grafik

Tukar sempadan di sekeliling objek

  1. Pilih objek yang anda mahu tukar.

  2. Jika Pemeriksa grafik tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Grafik.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tambah sempadan: Pilih Garis daripada menu timbul Goresan.

    • Ubah suai gaya garis: Pilih pilihan daripada menu timbul di bawah menu timbul Goresan.

    • Ubah suai warna garis: Klik perigi warna dan pilih warna.

    • Tambah bingkai gambar: Pilih Bingkai Gambar daripada menu timbul Goresan dan klik imej kecil untuk memilih gaya. Untuk menukar ketebalan bingkai, seret gelangsar Skala atau masukkan peratusan dalam medan bersebelahan. (Bukan semua bingkai gambar boleh dilaraskan.)

Untuk mengeluarkan sempadan objek, pilih Tiada daripada menu timbul Goresan.