Tambah imej interaktif

Anda boleh memberi maklumat terperinci mengenai bahagian khusus grafik menggunakan widget Imej Interaktif. Pembaca boleh mengezum masuk untuk membesarkan grafik, ketik atau klik label untuk melihat penerangan lengkapnya dan navigasi dengan mudah daripada label ke label.

Widget imej interaktif dengan tindanan untuk melaraskan paparan

Cipta imej interaktif

  1. Pilih Imej Interaktif daripada menu timbul Widget dalam bar alat.

    Widget muncul pada halaman dengan dua label.

  2. Untuk menambah fail imej pada widget, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Seret fail daripada Finder atau Pelayar Media.

    • Salin fail dalam iBooks Author, pilih kawasan imej dalaman dalam widget (bukan sempadan widget luaran) dan tampal fail tersebut.

    Penting: Imej tidak boleh lebih besar daripada 50 megapiksel (5000 x 5000 piksel) atau 50 MB.

  3. Untuk mengesetkan paparan lalai yang dipaparkan dalam buku lengkap, pilih kawasan imej (bukan sempadan widget luaran). Dalam tindanan yang muncul, seret gelangsar untuk menukar pembesaran, seret imej untuk menempatkannya dalam bingkai dan klik Setkan Paparan.

  4. Untuk menyesuaikan teks label, klik salah satu label sampel dan edit teks ruang letak.

    Untuk menambah label lain pada imej, pilih widget dan klik butang Tambah (+) dalam tindanan.

    Petua: Jika label anda lebih panjang daripada beberapa baris, anda boleh memilih “Tunjukkan penerangan dalam bar sisi” dalam Pemeriksa Widget untuk memaparkannya dalam tindakan pada bahagian kiri widget.

  5. Untuk menyesuaikan cara label imej dipaparkan, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Namakan semula label: Dwiklik label dan edit teks.

    • Alihkan label atau sasarannya (titik tamat yang dituding oleh label): Seretnya.

    • Tukar tertib navigasi label: Klik Interaksi dalam Pemeriksa Widget dan seret label ke tertib baru dalam senarai Paparan.

    • Setkan paparan yang muncul apabila pembaca mengetik atau mengklik label: Pilih label, laraskan zum dan kedudukan dan klik Setkan Paparan dalam tindanan.

  6. Untuk memaparkan kawalan yang membolehkan anda dan pembaca anda menavigasi dengan mudah antara paparan, pilih "Tunjukkan kawalan pengangkutan" dalam anak tetingkap Interaksi pada Pemeriksa Widget.