Tambah objek 3D

Anda boleh menambah objek 3D yang boleh dimanipulasi oleh pembaca anda. Untuk widget ini, anda memerlukan fail COLLADA dengan sambungan .dae.

Tambah objek 3D

  1. Pilih 3D daripada menu timbul Widget dalam bar alat.

  2. Untuk menambah fail, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Seret fail daripada Finder ke widget pada halaman.

    • Dalam Pemeriksa Widget, klik Interaksi, klik Pilih dan pilih fail COLLADA dengan sambungan .dae.

  3. Untuk mengekang putaran objek kepada paksi mendatar atau menegak, pilih pilihan daripada menu timbul Putaran Objek.

  4. Untuk memusing objek secara automatik, pilih “Putar auto objek semasa melahu.”

Anda juga boleh menyeret fail 3D terus ke halaman buku tanpa menambah widget 3D terlebih dahulu.

Anda tidak dapat berinteraksi dengan objek 3D dalam iBooks Author (ia hanya berfungsi dalam buku yang lengkap).