Cetak buku

Anda boleh mencetak buku anda dalam pelbagai cara untuk memenuhi keperluan berlainan. Anda boleh mencetak sebahagian daripada buku atau keseluruhan buku, dengan atau tanpa istilah glosari atau kulit buku.

Cetak keseluruhan atau sebahagian buku anda

  1. Dengan buku dibuka, pilih Fail > Cetak.

    Jika pilihan mencetak yang diterangkan di bawah tidak kelihatan, klik Tunjukkan Butiran bersebelahan menu timbul PDF untuk mendedahkannya.

  2. Untuk mencetak satu halaman atau julat halaman, masukkan nombor halaman atau julat dalam medan Dari dan Hingga.

  3. Untuk menentukan pilihan cetakan, pilih iBooks Author dari menu timbul Halaman.

  4. Pilih pilihan cetakan:

    • Cetak buku anda: Klik Keseluruhan Buku.

      Untuk mencetak penutup buku atau istilah glosari dengan buku anda, pilih kotak semak Cetak Kulit dan Cetak Istilah Glosari.

    • Cetak julat khusus halaman buku anda: Klik Pilihan Semasa.

  5. Klik Cetak.