Eksport buku anda untuk iBooks atau dalam format lain

Jika anda tidak menyerahkan buku anda ke iBooks Store, anda masih boleh menghasilkan fail buku yang boleh anda edarkan sendiri.

Anda juga boleh mengeksport buku anda sebagai fail PDF, yang boleh dilihat atau dicetak menggunakan Preview, Adobe Reader atau sebarang aplikasi pembaca PDF. Pautan berfungsi dalam PDF, tetapi media interaktif lain (widget), seperti filem dan objek 3D, mungkin tidak berfungsi seperti yang dijangka.

Anda juga boleh mengeksport teks sahaja daripada buku anda.

Penting: Jika anda memilih untuk mengedarkan buku anda sendiri, pastikan anda menyemak garis panduan dalam perjanjian lesen perisian iBooks Author. Untuk melihat perjanjian, pilih iBooks Author > Perihal iBooks Author dan klik Perjanjian Lesen.

Eksport dalam format iBooks

  1. Dengan buku terbuka, pilih Fail > Eksport dan klik iBooks.

  2. Jika anda mahu menyerahkan fail ke iBooks Store, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan iBooks Store dan ikuti arahan atas skrin.

  3. Klik Seterusnya.

  4. Taipkan nama untuk buku, pilih tempat anda mahu menyimpannya dan klik Eksport.

Untuk melihat buku dalam iBooks untuk iPad, pastikan anda mempunyai versi terkini iBooks dan iOS dipasang dan lakukan salah satu daripada berikut:

  • E-melkan fail dan buka dalam Mail pada iPad. Ketik fail untuk membukanya.

  • Seret fail buku (dengan sambungan .ibooks) ke tetingkap iTunes dan selaraskan buku ke iPad anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan iTunes.

Untuk melihat buku dalam iBooks untuk Mac, pastikan anda mempunyai versi terkini iBooks dan OSX dipasang dan lakukan salah satu daripada berikut:

  • Seret fail buku (dengan sambungan .ibooks) ke iBooks.

Eksport sebagai dokumen PDF

Lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Cipta fail PDF untuk pemaparan pada skrin sahaja (bukan sebagai cetakan): Pilih Kongsi > Eksport dan klik PDF. Pilih kualiti imej dan pilihan keselamatan, klik Seterusnya, taipkan nama dan pilih lokasi fail dan klik Eksport.

  • Cipta fail PDF yang akan dicetak: Pilih Fail > Cetak dan pilih Simpan sebagai PDF daripada menu timbul PDF. Dalam tetingkap Simpan, taipkan nama, pilih lokasi fail dan klik Simpan.

Eksport sebagai dokumen teks

Anda boleh mengeksport buku anda sebagai fail boleh diedit dalam format TXT.

  1. Pilih Kongsi > Eksport dan klik Teks.

  2. Klik Seterusnya.

  3. Taipkan nama, pilih lokasi fail dan klik Eksport.

Penting: Selepas anda mengeksport fail buku anda, jangan mampatkan atau “zip” fail sebelum anda menggunakannya. Buku yang dimampatkan tidak dapat dibuka.