Pratonton buku dalam iBooks

Anda boleh pratonton keseluruhan buku anda atau hanya satu bab dalam iBooks untuk iPad atau Mac. Untuk mempratonton buku anda, anda perlu memasang versi terkini iBooks.

Pratonton buku atau bab pada iPad

  1. Sambungkan iPad ke Mac anda.

  2. Pada skrin Utama iPad anda, ketik iBooks.

  3. Dalam iBooks Author, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Pratonton buku: Klik butang Pratonton dalam bar alat atau pilih Fail  > Pratonton.

    • Pratonton bab: Pilih bab yang anda mahu pratonton dalam bar sisi, kemudian pilih Fail > Pratonton Bahagian Semasa Sahaja.

Nota: Untuk mempratonton pada iPad yang menjalankan iOS 7 atau lebih baru, anda memerlukan iTunes 11.1 atau lebih baru dipasang pada Mac anda.

Pratonton buku atau bab pada Mac

  1. Pada Mac yang menjalankan OS X Mavericks dengan iBooks dipasang, buka iBooks Author.

  2. Dalam iBooks Author, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Pratonton buku: Klik butang Pratonton dalam bar alat atau pilih Fail  > Pratonton.

    • Pratonton bab: Pilih bab yang anda mahu pratonton dalam bar sisi, kemudian pilih Fail > Pratonton Bahagian Semasa Sahaja.

Tukar apa yang ditunjukkan butang Pratonton

Secara lalai, mengklik Pratonton akan mempratonton keseluruhan buku, tetapi anda boleh menukarnya agar iBooks Author hanya mempratonton bahagian semasa.

  1. Pilih iBooks Author > Keutamaan.

  2. Dalam anak tetingkap Umum, pilih “Pratonton bahagian semasa sahaja.”

Petua: Untuk memaparkan senarai peranti yang tersedia untuk pratonton dalam iBooks, tekan Pilihan apabila anda mengklik Pratonton.