Gambaran keseluruhan penerbitan iBooks Store

Anda boleh menyerahkan buku anda untuk penerbitan pada iBooks Store atau mengeksportnya dalam pelbagai format dan mengedarkannya dengan sendiri. Sebelum anda boleh menerbitkan ke iBooks Store, anda perlu melakukan perkara berikut:

  • Dapatkan Apple ID (nama pengguna yang boleh anda gunakan untuk beli-belah di iTunes Store, daftar masuk ke iCloud dan banyak lagi). Jika anda tidak mempunyai Apple ID atau tidak pasti sama ada anda memilikinya, pergi ke tapak web Apple ID Saya. Anda mesti mempunyai kad kredit yang sah dikaitkan dengan Apple ID anda pada iTunes Store.

  • Dayakan iTunes Connect dengan Apple ID anda. Anda boleh melakukan ini secara percuma semasa proses penerbitan (selepas anda mengklik Terbitkan). Apabila anda mendayakan iTunes Connect, anda memilih sama ada anda mahu menawarkan buku secara percuma sahaja atau menjual serta menawarkannya secara percuma.

  • Muat turun iTunes Producer, aplikasi yang anda gunakan untuk menghantar buku anda ke iBooks Store. Anda boleh memuat turun iTunes Producer secara percuma sebagai sebahagian daripada proses penerbitan.

  • Cipta sampel buku (diperlukan jika anda menjual buku) untuk dilihat oleh pelanggan secara percuma sebelum memutuskan untuk membeli buku anda. Semasa proses penerbitan, iBooks Author boleh menghasilkan sampel berdasarkan salah satu bab buku anda. Atau, anda boleh mencipta sampel secara manual.

Buku yang anda jual pada iBooks Store boleh dilindungi oleh sistem DRM (pengurusan hak digital) FairPlay milik Apple, yang membantu mengelakkan duplikasi yang tidak dibenarkan buku anda. (Filem dan audio yang disertakan dalam widget HTML5 tidak dilindungi oleh DRM.)