Cipta atau ubah suai tataletak

Anda boleh mengubah suai tataletak atau mencipta tataletak tersuai yang baru untuk buku anda. Apabila anda mengubah suai tataletak, anda boleh menggunakan perubahan pada bab, bahagian atau halaman sedia ada yang diasaskan pada tataletak asal. Contohnya, jika anda menukar saiz imej dalam tataletak Bab, anda boleh mendayakan semua halaman yang menggunakan tataletak Bab untuk dikemas kini kepada saiz imej baru, tanpa perlu menukar setiap halaman secara individu.

Jika anda mahu menggunakan tataletak yang diubah suai untuk bab atau bahagian masa hadapan tetapi tidak mahu menukar tataletak sedia ada kepada tataletak diubah suai, anda boleh mencipta tataletak baru. Anda juga boleh menggunakan tataletak baru pada halaman sedia ada.

Gunakan pengubahsuaian tataletak pada semua halaman berdasarkan tataletak

  1. Pilih Tunjukkan Tataletak daripada menu timbul Paparan dalam bar alat.

  2. Dalam anak tetingkap Tataletak, pilih tataletak yang anda mahu ubah suai.

  3. Ubah suai tataletak dalam sebarang cara yang anda mahukan dengan menambah atau memformatkan teks, imej dan objek ruang letak.

  4. Dalam anak tetingkap Tataletak, klik Gunakan Perubahan.

Cipta tataletak baru

Setiap bab, bahagian dan halaman mempunyai berbilang tataletak yang tersedia (satu lajur, dua lajur dan seterusnya). Anda boleh mencipta lagi tataletak untuk sebarang elemen ini. Cara paling mudah untuk mencipta tataletak baru ialah dengan memperduakan tataletak dan kemudian mengubahsuainya.

  1. Pilih Tunjukkan Tataletak daripada menu timbul Paparan dalam bar alat.

  2. Dalam anak tetingkap Tataletak, pilih tataletak yang anda mahu mulakan.

  3. Klik Tambah Tataletak dalam bar alat.

    Tataletak baru muncul dalam anak tetingkap Tataletak dengan “salin” di hujung namanya.

  4. Untuk menamakan semula tataletak, dwiketik nama dan taipkan nama baru.

Tukar tataletak halaman

Anda boleh menggunakan tataletak baru pada satu halaman untuk rupa yang berlainan.

  • Dalam anak tetingkap Buku, apungkan penuding anda atas halaman (bukan halaman pertama bab atau bahagian), klik segi tiga dan pilih tataletak halaman daripada menu timbul.