Tambah ruang letak pada templat atau tataletak tersuai

Semua templat termasuk ruang letak yang memudahkan anda menambah teks dan media anda sendiri. Jika anda mencipta dan mengubah suai templat atau tataletak, anda boleh menentukan ruang letak anda sendiri.

Anda boleh menentukan ruang letak media atau teks pada halaman individu. Jika anda mahu ruang letak menjadi sebahagian daripada tataletak (agar ia muncul pada bila-bila masa anda menggunakan tataletak tertentu), ikuti arahan dalam “Tambah ruang letak pada tataletak templat" di bawah.

Untuk membantu mengurus ruang letak dalam buku, anda boleh menambah tag (nama) padanya. Ruang letak media dan teks yang disertakan dalam tataletak sudah mempunyai tag (Isi, Imej utama atau Objektif), yang anda boleh tukar mengikut pilihan anda. Anda juga boleh mencipta tag anda sendiri.

Mengetag ruang letak tersuai membolehkan anda menggunakannya dalam tataletak lain dalam keseluruhan buku dan memudahkan anda menukar tataletak. Contohnya, katakan anda mencipta tataletak dengan ruang letak untuk grafik di penjuru kiri atas dan tataletak lain dengan ruang letak di penjuru kanan atas. Jika anda mengetag ruang letak “imej Planet” dalam kedua-dua tataletak, grafik sentiasa muncul dalam lokasi yang betul, tidak kira mana satu tataletak yang anda gunakan.

Tentukan ruang letak media

  1. Seret foto atau filem daripada Pelayar Media atau Finder pada halaman buku.

    Jika anda tidak dapat menambah item, ia mungkin bukan jenis fail yang disokong.

  2. Ubah suai objek dengan sifat yang anda mahukan untuk ruang letak dan pilih objek.

  3. Pilih Format > Lanjutan > Tentukan sebagai Ruang Tetak Media, agar tanda semak muncul.

Untuk berhenti menggunakan objek sebagai ruang letak, pilih Format > Lanjutan > Tentukan sebagai Ruang Letak Media, agar tanda semak hilang.

Tentukan ruang letak teks

  1. Format teks mengikut rupa yang anda mahukan untuknya dan pilih teks.

    Jangan pilih aksara pemisah perenggan akhir atau keseluruhan perenggan dipadamkan apabila teks ruang letak digantikan. Untuk melihat aksara pemisah perenggan, pilih Tunjukkan Halimunan daripada menu timbul Paparan dalam bar alat.

  2. Pilih Format > Lanjutan > Tentukan sebagai Teks Ruang Tetak, agar tanda semak muncul.

Untuk berhenti menggunakan teks sebagai ruang letak, pilih Format > Lanjutan > Tentukan sebagai Teks Ruang Letak, agar tanda semak hilang.

Tukar teks ruang letak

Selepas anda mencipta ruang letak teks, anda boleh mengubah suainya sebagai teks lalai. Contohnya, anda boleh memasukkan teks “Lorem ipsum” untuk menyerlahkannya sebagai teks ruang letak.

  1. Pilih teks dalam ruang letak teks dan pilih Format > Lanjutan > Dayakan Penulisan Ruang Letak.

  2. Taipkan teks yang anda mahu muncul dalam ruang letak teks.

  3. Pilih Format > Lanjutan > Nyahdayakan Penulisan Teks Ruang Letak.

Tambah ruang letak pada tataletak templat

  1. Jika anak tetingkap Tataletak tidak terbuka, pilih Tunjukkan Tataletak daripada menu timbul Paparan dalam bar alat.

  2. Dalam anak tetingkap Tataletak, pilih tataletak.

  3. Pada halaman buku, pilih objek yang anda mahu jadikan ruang letak.

  4. dalam Pemeriksa tataletak, pilih “Boleh diedit pada halaman menggunakan tataletak ini.”

  5. Untuk menambah tag ruang letak, pilih pilihan daripada menu timbul Tag atau taipkan teks anda.

  6. Untuk menjadikan ruang letak muncul dalam orientasi potret (jika anda menggunakan templat landskap), pilih “Dikongsi dengan tataletak potret.”

Untuk berhenti menggunakan objek sebagai ruang letak, pilih objek dan nyahpilih “Boleh diedit pada halaman yang menggunakan tataletak ini” dalam pemeriksa Tataletak.