Import fail ePub

Anda boleh mengimport fail ePub 2 atau ePub 3 sebagai projek buku baru dalam iBooks Author.

Penting: iBooks Author tidak mengimport fail ePub yang dilindungi DRM (pengurusan hak digital).

Import fail ePub

  1. Pilih Fail > Baru dari Fail ePub, pilih fail untuk diimport dan klik Buka.

  2. Pilih templat dan tentukan pilihan import berikut:

    • Import gaya perenggan dalam fail: Pilih kotak semak “Kekalkan gaya perenggan”.

    • Import media dan grafik dalam fail: Pilih kotak semak “Sertakan media dan grafik”.

    Nota: Anda juga boleh mencipta templat anda sendiri dan mengimport fail ePub ke dalamnya.

  3. Klik Pilih.

    Dalam iBooks Author, dua peringkat pertama senarai kandungan fail ePub yang diimport dikekalkan dan peringkat kandungan berikutnya diratakan.

    Petua: Untuk menggantikan fon selepas anda mengimport fail ePub, pilih Format > Fon > Gantikan Fon.