Import fail InDesign

Anda boleh mengimport fail Adobe InDesign (IDML) ke dalam buku anda sebagai bab atau bahagiannya sendiri.

Berikut adalah beberapa petua untuk diingati semasa bersedia untuk mengimport fail IDML:

  • Gunakan satu fail IDML bagi setiap bab buku, bukan satu fail IDML bagi setiap buku.

  • Anda boleh menentukan bahagian bab dalam InDesign. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan Adobe InDesign.

  • iBooks Author mengimport rangkaian kotak teks bersambung yang paling panjang dalam fail (atau bahagian) sebagai teks kandungan fail atau bahagian tersebut. Elakkan rangkaian kotak teks bersambung yang merentas berbilang bahagian.

  • Dalam InDesign, anda boleh menetapkan Label Skrip “Isi” pada bingkai teks yang anda mahukan diimport oleh iBooks Author sebagai teks isi. Gunakan Label Skrip “Isi” hanya sekali dalam fail IDML (atau bahagian fail).

  • Elakkan daripada mengimport objek bersauh yang kompleks. Objek bersauh yang kompleks mungkin kelihatan berbeza dalam buku yang telah dilengkapkan.

Import fail InDesign (IDML)

  1. Dengan buku terbuka, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Pilih Masukkan Bab Dari > Fail InDesign (IDML), pilih fail untuk diimport dan klik Import.

    • Seret fail IDML ke Anak tetingkap buku.

    Nota: Anda juga boleh mencipta templat anda sendiri dan mengimport fail IDML ke dalamnya.

  2. Tentukan pilihan import berikut:

    • Import teks dalam fail: Pilih kotak pilihan “Teks daripada fail IDML”.

    • Import gaya perenggan dan aksara dalam fail: Pilih kotak semak “Gaya perenggan dan aksara” dan pilih pilihan gaya daripada menu timbul.

      Untuk mengeluarkan gaya yang tidak digunakan dalam fail selepas mengimportnya ke dalam iBooks Author, pilih kotak semak “Buang fail yang tidak digunakan selepas import”.

    • Import media dan grafik dalam fail: Pilih kotak semak “Media dan grafik”.

  3. Pilih tataletak dan klik Import.

    Fail yang diimport ditambah selepas bab atau bahagian yang dipilih dalam anak tetingkap Buku. Jika tiada bab atau seksyen dipilih, fail yang diimport ditambah ke penghujung buku.

    Petua: Untuk menggantikan fon selepas anda mengimport fail IDML, pilih Format > Fon > Gantikan Fon.