Lihat dan tambah maklumat buku

Anda boleh melihat maklumat seperti kiraan perkataan dan bilangan grafik dalam buku anda. Anda juga boleh menambah maklumat dokumen seperti pengarang, tajuk dan kata kunci pada buku anda. Anda boleh mencari maklumat ini menggunakan Spotlight (ciri carian OS X).

Lihat dan tambah maklumat buku

  1. Jika Pemeriksa Dokumen tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Dokumen dan klik Dokumen.

  2. Masukkan maklumat dalam medan Pengarang, Tajuk, Kata Kunci dan Komen.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Lihat maklumat untuk keseluruhan buku: Pilih Dokumen daripada menu timbul Julat.

    • Lihat maklumat untuk kandungan khusus: Pilih kandungan dan pilih Pilihan daripada menu timbul Julat.