Balut teks sekeliling objek

Anda boleh membalut teks ke sekeliling objek (imej, bentuk, jadual dan seterusnya), sama ada objek terapung atau disauhkan.

Apabila anda membalut teks di sekeliling objek, anda boleh menjadikan teks membalut objek dengan ketat atau longgar, menjadikan teks kekal hanya di atas dan di bawah objek atau menjadikan teks muncul hanya pada satu sisi objek.

Laraskan teks di sekeliling objek

  1. Jika Pemeriksa Balutan tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Balutan.

  2. Pilih objek.

  3. Dalam Pemeriksa Balutan, pilih “Objek menyebabkan balutan.”

  4. Untuk menentukan cara teks membalut objek, klik butang di bawah kotak semak “Objek menyebabkan balutan”.

  5. Untuk menukar amaun ruang antara objek dan teks di sekeliling, gunakan medan Ruang Tambahan.

  6. Jika objek bukan segi empat dan anda mahukan teks mengikuti garis kasar objek, klik butang Muat Teks kanan.

  7. Jika objek mempunyai saluran alfa (kelutsinaran), anda boleh menjadikan teks bertindan (dapat melihat menerusi) kawasan lutsinar dengan melaraskan nilai dalam medan Alfa.

Anda juga boleh memilih pilihan daripada menu timbul dalam bar format untuk membalut teks di sekeliling objek.