Betulkan dan masukkan sempang pada teks secara automatik

Cari dan gantikan teks

  1. Pilih Edit > Cari > Cari.

  2. Dalam tetingkap Cari & Gantikan, taipkan perkataan yang anda mahu cari.

  3. Untuk menggantikan teks Cari dengan teks lain, taipkannya dalam medan Ganti.

  4. Untuk mencari kriteria tambahan, seperti aksara Return (pemisah perenggan) atau gaya teks, klik Lanjutan.

  5. Klik salah satu butang di bahagian bawah tetingkap.

Anda juga boleh mencari teks khusus dalam buku anda dengan memilih Edit > Cari dan memilih pilihan daripada submenu:

  • Gunakan Pilihan untuk Cari: Taip tika pertama teks yang dipilih.

  • Lompat ke Pilihan: Paparkan teks yang dipilih apabila ia tiada dalam paparan pada masa ini.

Betulkan teks secara automatik

  1. Pilih iBooks Author > Keutamaan.

  2. Klik Betul Auto dan pilih mana-mana daripada yang berikut:

    • Gunakan petikan pintar: Tukar kepada koma atas (“ikal”) dan tanda petikan pintar daripada membiarkannya lurus. (Tanda petikan buka dan tutup tidak sama.)

    • Betulkan huruf besar atau huruf kecil: Jadian setiap ayat bermula dengan huruf besar.

    • Jadikan akhiran angka superskrip: Tukarkan huruf dalam "1st, 2nd, 3rd," dan seterusnya superskrip.

    • Kesan alamat e-mel dan web secara automatik: Tukarkan alamat e-mel dan URL kepada pautan.

    • Kesan senarai secara automatik: Apabila anda memulakan perenggan dengan bulet (contohnya), perenggan seterusnya bermula secara automatik dengan bulet, agar anda tidak perlu menaipnya setiap kali.

    • Gunakan cadangan penyemak ejaan secara automatik: Jika anda tersalah eja perkataan dan kamus ejaan hanya menemui satu ejaan alternatif, tukar perkataan menjadi alternatif.

    • Penggantian simbol dan teks: Gantikan aksara yang ditentukan dengan aksara lain. Untuk menentukan penggantian anda sendiri, klik butang Tambah .

Aktifkan atau nyahaktifkan sempang

Secara lalai, perkataan dimasukkan tanda sempang secara automatik jika ia perlu dipisahkan di hujung baris.

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan sempang untuk keseluruhan dokumen: Buka Pemeriksa Dokumen dan pilih atau nyahpilih Sempang (dalam anak tetingkap Dokumen).

  • Nyahaktifkan sempang untuk perenggan tertentu: Pilih perenggan, buka Pemeriksa Teks, klik Lagi dan pilih “Keluarkan sempang untuk perenggan.”

  • Aktifkan atau nyahaktifkan sempang untuk perkataan: Control-klik perkataan dan pilih Benarkan Sempang atau Jangan Sempang dari menu pintasan. Aktifkan atau nyahaktifkan sempang untuk kesan perkataan bagi setiap perkataan dalam buku anda.