Semak ejaan

Secara lalai, perkataan yang tidak dikenali akan mempunyai garis merah terputus-putus di bawahnya. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pilih Edit > Ejaan > Semak Ejaan sambil Anda Menaip, agar tiada tanda semak bersebelahan item menu.

Petua: Untuk melihat dengan cepat ejaan yang dicadangkan untuk perkataan, Control-klik perkataan dan pilih pilihan daripada bahagian atas menu pintasan.

Semak ejaan dokumen

  1. Letakkan titik pemasukan di tempat yang anda mahukan semakan ejaan bermula atau pilih teks khusus untuk disemak.

  2. Untuk mencari perkataan salah eja dengan cepat, pilih Edit > Ejaan > Semak Ejaan.

    Perkataan pertama dengan ejaan salah akan diserlahkan. Anda boleh membetulkannya atau menekan Command-Noktah Bertindih (;) untuk menyerlahkan salah ejaan seterusnya.

  3. Untuk menyemak ejaan dan melihat cadangan untuk perkataan salah ejaan, pilih Edit > Ejaan > Ejaan.

    Dalam tetingkap Ejaan, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

    • Menggantikan perkataan yang diserlahkan dengan salah satu pembetulan yang dicadangkan. Dwiklik cadangan.

    • Jika perkataan yang betul tidak muncul dalam senarai ejaan yang dicadangkan tetapi anda tahu ejaan yang betul: Taipkan perkataan di bahagian atas tetingkap Ejaan dan klik Tukar.

    • Jika perkataan adalah betul dan anda mahu menambahnya pada kamus (agar ia tidak ditandakan sebagai salah ejaan): Klik Pelajari. Untuk membuat asal kesan Pelajari, Control-klik perkataan dan pilih Lupakan Ejaan daripada menu pintasan.

    • Biarkan perkataan seperti sedia ada tetapi jangan tambahnya pada kamus. Klik Abaikan.

    • Jika tiada ejaan alternatif muncul: Taipkan semula perkataan dalam tetingkap Ejaan menggunakan ejaan lain dan klik Teka untuk melihat sama ada cadangan baru muncul.

    • Cari perkataan salah ejaan seterusnya: Klik Cari Seterusnya.