Format jenis carta khusus
Carta pai, bar dan lajur dan jenis carta khusus yang lain mempunyai pilihan pemformatan khas.
Sebagai contoh, anda boleh menggunakan bayang pada baji pai individu, mengalihkan baji daripada pusat pai, menggunakan simbol untuk titik data sepanjang garis berlainan dalam carta garis dan banyak lagi.
Carta Pai: Sesuaikan elemen carta
Satu carta pai mewakili set data tunggal dan setiap baji ialah satu nilai data dalam set tersebut.
Untuk melaraskan rupa baji pai individu, anda mesti memilih carta pai terlebih dahulu dan kemudian memilih baji yang anda mahu tukar.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
-
Isikan baji dengan warna atau tekstur yang direka bentuk khusus: Dalam Pemeriksa Carta, klik Warna Carta. Pilih jenis isian daripada menu timbul pertama dan pilih koleksi isian daripada menu timbul kedua.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Isi semua baji: Klik Gunakan Semua. Isian pertama digunakan pada baji dalam siri pertama, isian kedua pada baji dalam siri kedua dan seterusnya.
Isi baji tunggal: Seret isian ke baji.
-
Laraskan kelegapan, goresan, bayang dan atribut grafik lain bagi baji pai individu: Pilih baji yang anda mahu tukar dan buat pelarasan yang anda mahukan dalam Pemeriksa Grafik.
Nota: Menyeret gelangsar Kelegapan dalam Pemeriksa Grafik menukar kelegapan keseluruhan carta. Untuk hanya mengubah baji, pilih baji dan laraskan kelegapan isian warna, isian gradien atau isian imej berwarna sebagaimana perlu.
-
Paparkan label titik data: Pilih carta atau baji pai individu dan pilih Label dalam Pemeriksa Carta.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tunjukkan nama siri: Pilih Tunjukkan Nama Siri.
Tempatkan label titik data lebih hampir kepada—atau menjauhi—pusat pai: Seret gelangsar Kedudukan.
Setkan jarak baji dari pusat pai sebagai peratusan radius pai: Tentukan nilai dalam medan bersebelahan gelangsar Kedudukan.
-
Asingkan baji pai individu: Buka Pemeriksa Carta.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Alihkan baji tunggal daripada pusat carta pai 2D atau 3D: Pilih baji dan seretnya atau seret gelangsar Letup dalam Pemeriksa Grafik.
Alihkan semua baji menjauhi pusat carta pai 3D: Pilih carta dan seret gelangsar Letup.
-
Tambah bayang pada carta pai atau baji individu: Pilih carta atau baji pai.
Dalam Pemeriksa Carta, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah bayang pada baji yang dipilih individu: Pilih Individu daripada menu timbul Bayang.
Tambah bayang pada carta sepenuhnya: Pilih Kumpulan daripada menu timbul Bayang.
Setkan atribut bayang: Buka Pemeriksa Grafik dan laraskan atribut bayang menggunakan kawalan dalam bahagian Bayang.
Carta bar dan lajur: Setkan bayang, jarak dan nama siri
Dalam carta bar dan lajur, anda boleh melaraskan jarak antara set bar atau lajur (set data); dalam carta yang mana set data tidak bertindan, anda juga boleh melaraskan jarak antara bar atau lajur (set data individu). Anda juga boleh menggunakan bayang pada siri data individu atau pada keseluruhan carta.
Pilih carta bar atau lajur.
Jika Pemeriksa Carta tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Carta dan klik Carta.
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tukar jarak antara bar: Masukkan nilai dalam medan “Jurang antara bar” atau klik anak panah.
-
Tukar jarak antara kategori (dalam carta tidak bertindan): Tentukan nilai dalam medan “Jurang antara set”.
Nilai ialah peratusan ketebalan bar. Mengurangkan jarak antara bar menjadikannya lebih tebal. Anda juga boleh menggerakkan penuding berdekatan pinggir bar sehingga ia menjadi anak panah berkepala dua dan diseret untuk menjadikan bar lebih tebal atau nipis.
Tambah bayang pada bar individu: Pilih Individu daripada menu timbul Bayang.
-
Tambah bayang pada setiap kumpulan bar: Pilih Individu daripada menu timbul Bayang.
Untuk mengesetkan atribut, gunakan Pemeriksa Grafik.
Tunjukkan nama siri: Dalam anak tetingkap Paksi pada Pemeriksa Carta, pilih Tunjukkan Nama Siri daripada menu timbul Pilih Pilihan Paksi dalam bahagian Paksi Kategori.
Carta garis: Sesuaikan simbol dan garis titik data
Dalam carta garis, anda boleh menggunakan simbol (bulatan, segi tiga, segi empat dan intan) untuk mewakili titik data. Anda juga boleh menunjukkan garis lurus atau melengkung antara titik data.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tukar simbol titik data. Pilih garis dan klik Siri dalam Pemeriksa Carta. Pilih simbol daripada menu timbul Simbol Data. Laraskan saiz simbol titik data dengan memasukkan nilai dalam medan bersebelahan atau mengklik anak panah.
Sambungkan titik dengan lengkung: Pilih garis dan pilih Lengkung daripada menu timbul Titik Sambungan.
Tukar warna garis: Pilih garis dan gunakan kawalan Goresan dalam Pemeriksa Grafik.
Carta kawasan: Paparkan simbol titik data
Dalam carta kawasan, anda boleh menggunakan simbol (bulatan, segi tiga, segi empat dan intan) untuk mewakili titik data.
Carta serak: Tukar rupa simbol dan garis titik data
Carta serak memaparkan data secara berlainan daripada jenis carta lain. Sekurang-kurangnya dua lajur atau baris data diperlukan untuk memplot nilai untuk siri data tunggal. Untuk menunjukkan berbilang siri data, anda menggunakan pasangan dua lajur (atau dua baris) tambahan.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
-
Sambungkan titik siri yang dipilih dengan garis lurus atau melengkung: Dalam anak tetingkap Siri pada Pemeriksa Carta, pilih item daripada menu timbul Titik Sambungan.
Tukar warna titik data atau garis dalam carta anda: Pilih titik data atau garis yang anda mahu tukar. (Anda boleh menukar warna secara berasingan untuk titik data, garis dan garis aliran, walaupun ia mewakili siri data yang sama.) Dalam Pemeriksa Grafik, klik perigi warna Goresan dan pilih warna daripada tetingkap Warna.
Tukar gaya dan ketebalan sebarang garis dalam carta anda: Pilih garis dan pilih gaya garis daripada menu timbul Goresan dalam Pemeriksa Grafik. Untuk melaraskan ketebalan garis, masukkan nilai dalam medan di bawah menu timbul Goresan atau klik anak panah.
Dalam carta serak, anda boleh memaparkan bar ralat untuk ukuran paksi x dan paksi y dan tunjukkan garis aliran untuk siri yang dipilih.
Carta dua paksi dan bercampur: Tukar jenis carta
Carta bercampur mewakili carta tunggal dalam yang mana setiap daripada dua ciri boleh diwakili sebagai jenis data berlainan. Sebagai contoh, satu siri data boleh diwakili oleh garis manakala siri data lain diwakili oleh lajur.
Untuk carta dua paksi dan bercampur, hanya siri data tunggal boleh diwakili oleh setiap jenis carta. Mana-mana satu siri data boleh diwakili sebagai carta lajur, garis atau kawasan.
Carta 3D: Laraskan seting adegan
Untuk carta 3D, anda boleh menukar sudut paparan dan sudut pencahayaan carta.
Pilih carta 3D
Jika Pemeriksa Carta tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Carta dan klik Carta.
Untuk menukar sudut paparan carta, seret butang anak panah dalam bahagian Adegan 3D sehingga anda telah menempatkan carta mengikut keinginan anda.
Untuk menukar sudut dan keamatan pencahayaan, pilih pilihan daripada menu timbul Gaya Pencahayaan.
-
Untuk menukar kedalaman elemen carta, seret gelangsar Kedalaman Carta.
Menyeret ke kanan menjadikan elemen carta kelihatan diregangkan ke arah penonton. Jika anda mencipta carta sangat dalam, anda mungkin perlu mensaizkan semula carta agar muat pada halaman.
Untuk meningkatkan pinggir pada carta pai 3D, pilih Tunjukkan Pinggir Serong.