Kira dan isih data jadual
Jadual tidak mempersembahkan data sahaja; jadual juga membolehkan anda memproses data. Contohnya, anda boleh menyediakan jadual untuk menambah dan mendarabkan lajur nombor atau mengira hasil menggunakan fungsi dan formula.
Anda juga boleh menyediakan sel jadual untuk menukar pemformatannya secara automatik apabila nilainya sama dengan nilai yang anda tentukan.
Kira nilai sel
Anda boleh menyediakan sel yang menambah, mendarab dan membuat pengiraan lain secara automatik.
-
Pilih sel jadual dalam yang mana anda mahukan hasil muncul dan pilih Selit > Fungsi > Tunjukkan Pelayar Fungsi.
Semua fungsi yang tersedia dipaparkan dalam Pelayar Fungsi.
Klik terbaru di bahagian atas tetingkap untuk mengakses sebarang fungsi yang anda gunakan baru-baru ini.
-
Pilih fungsi dalam lajur kanan.
Untuk menapis pilihan, pilih kategori dalam lajur kiri.
-
Dalam Editor Formula, gantikan ruang letak setiap argumen dalam fungsi dengan sel atau julat sel dan nilai.
Contohnya, formula berikut mengandungi fungsi SUM dengan satu argumen (julat sel) yang menambah nilai dalam lajur A, baris 2 hingga 10:
=SUM(A2:A10)
Untuk melaraskan julat sel yang disertakan dalam pengiraan, seret pemegang pilihan sel.
-
Apabila anda selesai, klik butang Terima (dengan tanda semak) dalam Editor Formula.
Jika anda mengklik butang Batal (dengan X) dalam Editor Formula, anda keluar daripada sel yang dipilih tanpa menggunakan formula.
Untuk maklumat lanjut mengenai formula dan fungsi, lihat Bantuan Formula dan Fungsi.
Isi nilai sel jadual
Anda boleh menyusun nilai dalam beberapa atau semua sel dalam lajur dalam tertib menaik atau menurun. Sel pengepala tidak diisihkan.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Susun semula sel dalam lajur: Pilih sel dalam lajur.
Susun semula sel tertentu: Pilih sel.
Jika Pemeriksa Jadual tidak terbuka, bukanya dan klik Jadual.
Pilih Isih Menaik atau Isih Menurun daripada menu timbul Edit Baris & Lajur.
Sediakan peraturan pemformatan bersyarat
Pemformatan bersyarat menukar rupa sel apabila sel mengandungi nilai ujian, yang mungkin nilai yang anda bekalkan atau nilai yang sepadan dengan nilai lain dalam sel jadual khusus.
Untuk menggunakan pemformatan bersyarat, anda memilih satu atau lebih sel dan kemudian tentukan satu atau lebih peraturan. Peraturan menentukan kesan visual yang dikaitkan dengan sel apabila ia mengandungi nilai ujian.
Peraturan yang digunakan pada berbilang sel mencetuskan pemformatan bersyarat apabila sebarang daripada sel mengandungi nilai ujian.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gunakan peraturan yang sama pada keseluruhan jadual: Pilih jadual.
Gunakan peraturan pada sel khusus: Pilih sel.
Dalam Pemeriksa Jadual, klik Format dan klik Tunjukkan Peraturan.
Dalam tetingkap Format Bersyarat, pilih pilihan daripada menu timbul.
-
Untuk menentukan nilai ujian, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tentukan nombor atau teks: Masukkannya dalam medan nilai ujian di sebelah kanan menu timbul.
Tentukan nilai dalam sel jadual sedia ada: Klik ikon biru di sebelah kanan medan nilai dan klik sel jadual yang mengandungi nilai ujian yang anda mahukan.
Jika anda memilih Antara atau “Bukan antara” sebagai peraturan logik anda perlu membekalkan dua lokasi sel.
-
Untuk menentukan pemformatan untuk digunakan pada sel yang mengandungi nilai ujian, klik Edit, gunakan butang gaya dan klik Selesai.
Kotak Sampel memaparkan kesan pilihan anda.
Untuk menambah peraturan lain, klik butang Tambah dan ulang langkah 3 hingga 5.
-
Untuk mengubah suai peraturan, lakukan sebarang daripada berikut:
Padamkan nilai ujian yang merujuk pada sel jadual: Pilih rujukan sel dalam medan nilai ujian dan tekan Padam.
Gantikan rujukan sel dengan yang lain: Pilih rujukan sel dalam medan nilai teks dan klik sel jadual yang mengandungi nilai yang anda mahukan.
Gantikan nilai ujian teks dengan rujukan sel: Pilih teks dalam medan nilai ujian, klik ikon biru kecil dan klik sel jadual.
Petua: Untuk mencari semua sel dalam jadual yang mempunyai pemformatan bersyarat yang sama dengan sel tertentu, pilih sel dan klik Pilih Semua.
Jika anda menentukan lebih daripada satu peraturan untuk sel dan nilai sel memuaskan syarat berbilang peraturan, sel menggunakan:
Warna teks untuk peraturan teratas yang mempunyai warna teks ditentukan.
Gaya fon untuk peraturan teratas yang mempunyai gaya fon ditentukan.
Warna isian sel untuk peraturan teratas yang mempunyai warna isian ditentukan.
Jika anda menambah teks pada sel dengan pemformatan bersyarat dan menukar warna teks baru, teks sedia ada mengekalkan warna yang sama yang anda setkan dalam peraturan.
Petua: Untuk menggunakan peraturan pemformatan bersyarat dalam jadual lain, pilih sel yang peraturannya anda mahu gunakan semula, pilih satu atau lebih sel dalam jadual berlainan dan pilih Edit > Tampal.