Dayakan objek untuk dilihat lebih besar dalam iBooks
Anda boleh mendayakan pembaca untuk memaksimumkan paparan imej, jadual, carta dan kotak teks buat sementara dalam buku yang dilengkapkan.
Dayakan objek untuk dilihat lebih besar
-
Pilih imej, bentuk, jadual, carta atau kotak teks terapung atau bersauh.
Nota: Untuk mendayakan objek sebaris agar dapat dilihat lebih besar, tukar objek sebaris kepada objek terapung atau bersauh.
Jika Pemeriksa Widget tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Widget dan klik Interaksi.
Untuk mengesetkan objek agar dapat dilihat dalam skrin penuh apabila pembaca mengetik atau mengklik padanya, pilih kotak semak “Masuk skrin penuh”.
-
Untuk memaparkan objek sebagai imej kecil yang dimaksimumkan apabila pembaca mengetik atau mengklik padanya, pilih kotak semak “Menggunakan imej kecil pada halaman”, kemudian lakukan salah satu atau kedua-dua yang berikut:
Teruskan mengedit objek: Pilih imej kecil, klik Edit Bingkai, buat perubahan anda dan klik Selesai.
Tukar imej kecil: Seret imej baru ke imej kecil.