Kumpulkan, lapiskan dan kunci objek
Anda boleh menukarkan berbilang objek kepada satu objek (contohnya, untuk memudahkan set objek dialihkan) dan kunci objek agar anda tidak mengalihkannya secara tidak sengaja. Anda juga boleh melapiskan objek dengan objek lain, untuk mencipta kesan kedalaman pada halaman.
Berikut ialah contoh dua bentuk yang dikumpulkan bersama sebagai objek:
Kumpulkan atau uraikan objek
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Kumpulkan objek: Command-klik objek dan pilih Susun > Kumpulkan.
-
Uraikan objek yang dikumpulkan: Pilihnya dan pilih Susun > Uraikan.
Jika Uraikan dimalapkan, objek mungkin telah dikunci. Pilih Susun > Buka kunci.
-
Pilih objek yang telah dikumpulkan bersama yang lain: Klik objek sekali untuk memilih objek dan sekali lagi untuk memilih objek individu.
Jika mengklik sekali tidak memilih objek individu yang anda mahukan, ia mungkin tersarang dalam banyak lapisan kumpulan. Klik sekali lagi sehingga objek yang anda mahukan dipilih.
Sambungkan objek dengan garisan
Apabila anda mahu melukis garis antara objek, gunakan garis sambungan (berbanding melukis garis sebagai objek berasingan). Anda boleh mengalihkan dan mengubah suai objek yang disambungkan dengan garis sambungan. Anda hanya boleh menyambungkan dua objek pada satu masa, tetapi anda boleh menyambungkan berbilang objek dengan mengulangi proses.
-
Command-klik dua objek yang anda ingin sambungkan dan pilih Selit > Garis Sambungan.
Garis lurus muncul antara objek.
-
Untuk mengubah suai garis, klik padanya agar titik pengeditan muncul dan lakukan mana-mana daripada berikut:
Jadikan garis melengkung: Seret titik putih berdekatan pusat garis.
Wujudkan jurang antara garis dan objek (agar garis tersebut dan objek tidak bersentuhan): Seret titik pengeditan biru. Jika anda mahu mewujudkan jurang yang sama jarak antara dua objek dan garis sambungan, tahan kekunci Pilihan dan seret titik pengeditan biru.
Tukar rupa garis: Ubah suai objek atau garis sama seperti dengan objek lain.
Tindan objek
Berbilang objek dan teks boleh ditindan untuk mencipta kesan kedalaman pada halaman. Apabila anda menindan berbilang objek atau teks dan objek, anda boleh menukar cara item disusun dalam tindanan.
Pilih objek.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Alihkan objek lapisan demi lapisan: Pilih Susun > Bawa ke Hadapan atau Susun > Hantar Ke Belakang.
Alihkan objek ke bahagian teratas atau bawah tindanan: Pilih Susun > Bawa Ke Depan atau Susun > Hantar Belakang.
Kunci atau buka kunci objek
Anda boleh mengunci objek terapung dan bersauh untuk mengelakkan daripada mengalihkannya secara tidak sengaja semasa anda bekerja. Anda tidak boleh mengunci objek sebaris.
Selepas anda mengunci objek individu atau yang dihimpun, anda tidak dapat mengalih, memadam atau mengubahsuainya langsung sehingga anda membuka kuncinya. Apabila anda menyalin (perduakan) objek yang dikunci, objek baru juga akan dikunci.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kunci objek: Pilih objek yang anda mahu kunci dan pilih Susun > Kunci.
Buka kunci objek: Pilih objek yang anda mahu buka kunci dan pilih Susun > Buka Kunci.