Tambah objek dan tukar jenis objek
Untuk menambah objek (seperti widget, bentuk, kotak teks, jadual atau carta) kepada halaman dalam buku anda, pilih Selitkan > Pilih atau gunakan menu timbul dalam bar alat. Anda juga boleh menambah fail media (seperti imej pada halaman dengan menyeretnya, daripada Pelayar Media, Finder atau aplikasi lain.
Setiap objek dalam buku adalah sama ada sebaris, terapung atau bersauh. Apabila anda menambah objek pada halaman, ia bersauh atau terapung secara lalai. Untuk menambahnya sebagai objek sebaris atau untuk menukar objek daripada satu jenis kepada yang lain selepas anda menambahnya, ikuti langkah-langkah di bawah.
Anda juga boleh menukar kedudukan objek yang bersauh atau sebaris dengan mudah.
Tukar objek daripada satu jenis kepada yang lain
Pilih objek.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
-
Dalam bar format: Klik Sebaris, Terapung atau Bersauh.
Jika bar format tidak kelihatan, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Format.
-
Dalam Pemeriksa Balutan: Klik salah satu daripada butang Penempatan Objek.
Jika Pemeriksa Balutan tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Balutan.
-
Jika kawalan untuk menukar jenis objek dimalapkan, ini mungkin disebabkan anda sedang melihat templat landskap dalam orientasi potret. Cuba beralih kepada orientasi landskap. Atau cuba tambah tajuk, label atau kapsyen pada objek dan kemudian tukarkannya.
Tambah objek sebagai sebaris
Anda boleh menambah objek sebaris pada lokasi khusus dalam teks buku atau di salam objek lain.
Pilih objek dan pilih Edit > Salin atau Edit > Potong.
Letakkan titik pemasukan di tempat yang anda mahu muncul dan pilih Edit > Tampal.
Tempatkan semula objek bersauh atau sebaris
Anda boleh meletakkan objek bersauh atau sebaris pada mana-mana tempat di halaman dengan teks padanya. Objek yang bersauh mempunyai penanda yang menunjukkan teks yang berkaitan dengannya.
-
Tempatkan semula objek yang bersauh: Seret objek atau penandanya ke teks yang anda mahu kaitkan objek tersebut.
Apabila teks yang dikaitkan dengan objek bergerak ke halaman lain (disebabkan perubahan kandungan), objek bergerak ke kedudukan yang sama pada halaman baru.
Tempatkan semula objek sebaris: Seret objek.
Jika anda tidak dapat menambah item, ia mungkin bukan jenis fail yang disokong.