Tambah penerangan kebolehcapaian pada objek
Anda boleh menambah penerangan kebolehcapaian pada sebarang objek dalam buku anda. Apabila buku dilihat pada iPad atau Mac, VoiceOver (pembaca skrin Apple) membaca penerangan kebolehcapaian objek dengan lantang.
Jika anda tidak memberi penerangan, VoiceOver membaca penerangan lalai objek (contohnya, “carta pai”).
VoiceOver membaca tajuk objek, label dan kapsyen secara automatik.
Tambah atau edit teks kebolehcapaian
Pilih objek.
Jika Pemeriksa Widget tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat, klik butang Pemeriksa Widget dan klik Tataletak.
-
Dalam medan Penerangan Kebolehcapaian, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah teks kebolehcapaian: Masukkan teks penerangan objek dan tekan Return.
Edit teks kebolehcapaian: Pilih teks sedia ada, masukkan teks penerangan baru dan tekan Return.
Keluarkan teks kebolehcapaian: Pilih teks penerangan dan tekan Padam.