Gambaran keseluruhan Widget
iBooks Author memberi pelbagai jenis widget yang memudahkan anda menambah objek interaktif pada buku anda. Jenis widget termasuk:
Galeri: Jujukan imej yang pembaca anda boleh meleret atau mengklik lalu, setiap satunya dengan kapsyen tersuai tersendiri.
Media: Fail filem atau audio yang boleh dimainkan pembaca.
Pratonton: Jujukan soalan berbilang pilihan atau seret ke sasaran interaktif.
Keynote: Tayangan slaid atau persembahan lain yang dicipta dengan Keynote.
Imej interaktif: Grafik dengan petak bual (label); pembaca boleh menyorot dan mengezum untuk melihat maklumat terperinci mengenai bahagian khusus grafik.
3D: Tambah fail COLLADA 3D (.dae) yang boleh dimanipulasi oleh pembaca.
Bar Sisi Penskrolan: Kandungan (dengan teks, imej dan bentuk) yang berkaitan dengan teks sekeliling tetapi bukan sebahagian daripada aliran teks lalai. Dalam buku yang lengkap, pembaca boleh menskrol menerusi kandungan bar sisi secara berasingan daripada bahagian selebihnya halaman.
Timbul atas: Tindanan (dengan teks, imej dan bentuk) yang dibuka apabila pembaca mengetik atau mengklik imej dalam buku yang lengkap.
HTML: Widget HTML5 (dengan sambungan .wdgt).
Selepas anda menambah widget (dengan memilih salah satu daripada menu timbul Widget dalam bar alat), anda boleh menyesuaikannya menggunakan Pemeriksa Widget. Pilihan yang tersedia dalam Pemeriksa Widget berubah bergantung pada jenis widget yang dipilih pada masa ini. Apabila anda menambah widget, kawalan pemeriksa yang sepadan muncul.
Kawalan pemeriksa berikut tersedia untuk kebanyakan widget:
Tataletak: Gunakan menu timbul untuk memilih tempat label dan kapsyen dimasukkan (di atas atau di bawah widget).
Tajuk: Pilih kotak semak ini untuk memberi tajuk kepada widget. Dengan tajuk, anda juga boleh menggunakan label, seperti Rajah atau Diagram. Label ini dinomborkan secara automatik untuk anda dalam keseluruhan buku anda.
Kapsyen: Pilih kotak semak ini untuk memberi kapsyen kepada widget. Jika buku lengkap anda, pembaca boleh menskrol kapsyen jika semua teks mereka tidak kelihatan.
Latar belakang: Pilih kotak semak ini untuk menyesuaikan latar belakang di belakang widget. Seret gelangsar Margin untuk menukar sebanyak mana latar belakang muncul.
-
Penerangan Kebolehcapaian: Tambah penerangan kebolehcapaian untuk VoiceOver (pembaca skrin Apple untuk orang dengan penglihatan terjejas) untuk dibaca apabila objek dilihat pada iPad atau Mac. Jika anda membiarkan medan ini kosong, VoiceOver menuturkan penerangan lalai objek.
VoiceOver membaca teks yang dikaitkan dengan widget secara automatik, seperti tajuk, label dan kapsyen.
Anda boleh mendayakan widget agar muncul lebih besar apabila pembaca mengetik atau mengkliknya.