Tambah timbul atas
Timbul atas ialah tindanan kecil yang terbuka apabila pembaca mengetik atau mengklik imej timbul atas dalam buku yang lengkap. Timbul atas boleh mengandungi teks, imej dan bentuk.
Nota: Jika anda menggunakan templat landskap, pembaca boleh melihat timbul atas dalam buku lengkap dalam orientasi landskap dan potret. Semasa anda menggunakan iBooks Author, timbul atas tidak dipaparkan apabila anda melihat buku dalam orientasi potret (menggunakan butang Orientasi dalam bar alat).
Tambah timbul atas
Pilih Timbul Atas daripada menu timbul Widget dalam bar alat.
-
Untuk menggantikan imej ruang letak, seret fail daripada Finder atau Pelayar Media ke widget Galeri.
Penting: Imej tidak boleh lebih besar daripada 50 megapiksel (5000 x 5000 piksel) atau 50 MB.
-
Untuk menambah teks, imej atau bentuk pada menu timbul, dwiklik imej, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tambah teks: Klik teks ruang letak dan sama ada taipkan teks baru atau tampal teks daripada lokasi lain.
-
Tambah kotak teks: Klik Kotak Teks dalam bar alat.
Anda boleh mensaiz semula kotak teks menggunakan pemegang pemilihannya.
Tambah imej: Seret fail imej daripada Finder atau Pelayar Media ke widget Galeri.
Tambah bentuk: Klik Bentuk dalam bar alat dan pilih bentuk.
Salin imej dari tempat lain dalam buku anda atau fail buku lain: Salin fail imej, pilih widget dan tampal fail imej ke dalam widget.
Nota: Anda boleh menukar goresan atau warna latar belakang timbul atas menggunakan Pemeriksa Grafik atau bar format.