Gambaran keseluruhan pintasan papan kekunci dan gerak isyarat Multi-Touch
iBooks Author memberi anda dua cara untuk bekerja lebih pintar semasa anda menghasilkan buku anda:
Pintasan papan kekunci standard: Anda boleh mencapai banyak tugas biasa dengan cepat, seperti memilih teks atau memanipulasikan objek, dengan menekan satu atau lebih kekunci. Lihat Pintasan papan kekunci.
Gerak isyarat Multi-Touch: Jika anda mempunyai pad jejak Multi-Touch atau tetikus, anda boleh memanfaatkan gerak isyarat Multi-Touch untuk melakukan banyak tugas dengan cepat. Lihat Gerak isyarat Multi-Touch.