Hantar buku anda melalui e-mel
Jika anda menggunakan aplikasi Mail OS X, anda boleh menge-mel buku anda dengan cepat terus dari iBooks Author melalui pelbagai cara.
E-melkan buku anda
-
Dengan buku terbuka, pilih Kongsi > Hantar melalui Mail dan pilih pilihan daripada submenu:
Fail iBooks Author: Mencipta fail iBooks Author (dengan sambungan .iba). Penerima anda perlu memasang iBooks Author untuk membuka fail.
Fail iBooks: Mencipta fail iBooks (dengan sambungan .ibooks). Penerima anda perlu memasang iBooks pada iPad atau Mac untuk membuka fail.
PDF: Mencipta fail PDF (dengan sambungan .pdf). Pautan berfungsi dalam PDF yang terhasil, tetapi media interaktif lain, seperti filem dan objek 3D, mungkin tidak berfungsi seperti yang dijangka.
Mesej mel baru dibuka dengan versi buku anda dilampirkan.
Edit mesej mel dan klik Hantar.