Pilih templat

Untuk menghasilkan buku dalam iBooks Author, anda mesti bermula dengan templat. Templat termasuk semua elemen yang anda perlukan untuk menghasilkan buku—sampel bab, pelbagai tataletak halaman dan ruang letak untuk teks, grafik dan media.

Setiap jenis templat dioptimumkan untuk dilihat dalam sama ada orientasi landskap (mendatar) atau potret (menegak). Apabila anda menghasilkan buku, anda memilih sama ada templat landskap atau potret. Untuk pembaca, terdapat beberapa perbezaan apabila melihat buku dalam orientasi berlainan.

  • Jika buku menggunakan templat landskap: Apabila pembaca memusing iPad kepada orientasi potret, buku diformatkan semula sedikit. Contohnya, grafik mungkin muncul di sisi teks, berbanding di bawahnya. Jika anda lebih suka, anda boleh menyahdayakan orientasi potret dalam buku yang dilengkapkan.

  • Jika buku menggunakan templat potret: Walaupun pembaca memusing iPad ke orientasi landskap, teks buku kekal dalam orientasi potret. Walau bagaimanapun, media pengenalan, glosari, nota, kad pembelajaran dan widget boleh bertukar antara orientasi potret dan landskap.

Petua: Dengan templat landskap, anda boleh menggunakan butang Orientasi dalam bar alat untuk melihat rupa kandungan anda dalam setiap orientasi. (Butang Orientasi tidak mengubah templat daripada landskap kepada potret atau sebaliknya.)

Butang orientasi dalam bar alat

Semua templat muncul dalam Pemilih Templat, yang dibuka apabila anda:

  • Membuka iBooks Author dan masih belum menyimpan buku.

  • Pilih Fail > Baru daripada Pemilih Templat.

  • Pilih Fail > Baru dan masih belum mengesetkan templat lalai, seperti yang diterangkan di bawah.

Penting: Walaupun anda boleh mengubah suai halaman buku mengikut kesukaan anda, anda tidak boleh menukar buku kepada templat lain selepas anda memilih suatu templat.

Pemilih Templat

Hasilkan buku baru daripada templat

  1. Dalam iBooks Author, pilih Fail > Baru daripada Pemilih Templat.

  2. Dalam Pemilih Templat, dwiklik imej kecil untuk templat yang anda mahukan.

Set templat lalai

Anda boleh mengesetkan templat lalai yang membuka setiap kali anda memilih Fail > Baru.

  1. Pilih iBooks Author > Keutamaan.

  2. Dalam anak tetingkap Umum, pilih “Gunakan templat” (bersebelahan Untuk Dokumen Baru).

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Jika anda masih belum mengesetkan templat lalai: Dwiklik templat yang anda mahukan.

    • Jika anda sudah mengesetkan templat lalai dan mahu menukarnya: Klik Pilih dan kemudian dwiklik templat baru.

    • Jika anda tidak mahu mempunyai templat lalai: Pilih iBooks Author > Keutamaan dan pilih Tunjukkan Pemilih Templat (dalam anak tetingkap Umum).