Sesuaikan senarai kandungan
Setiap buku datang dengan senarai kandungan yang dikemas kini secara automatik. Anda boleh melihat senarai kandungan pada bila-bila masa dengan memilih senarai kandungan dalam bar sisi. Senarai kandungan termasuk set lalai item, tetapi anda boleh menukar item yang muncul. Senarai kandungan boleh termasuk:
Tajuk bab dan bahagian: Semua tajuk bab dan bahagian disertakan dalam senarai kandungan secara lalai. Jika anda mengeluarkan bahagian daripada senarai kandungan, semua bahagian lain yang menggunakan tataletak yang sama turut dikeluarkan.
Teks yang menggunakan gaya perenggan yang ditentukan: Secara lalai, senarai kandungan termasuk semua perenggan dalam buku yang menggunakan gaya Tajuk 1 dan Tajuk 2, tetapi anda boleh menyertakan sebarang gaya yang anda suka. Gaya perenggan muncul dalam senarai kandungan hanya dalam orientasi potret bagi templat landskap. Lihat Formatkan teks menggunakan gaya.
Dengan templat landskap, rupa senarai kandungan bergantung pada orientasi halaman semasa. Dalam orientasi landskap (ditunjukkan di bawah), setiap bab mempunyai halaman kandungan sendiri, dengan butang navigasi di bawah. Dalam orientasi potret, senarai kandungan keseluruhan buku kelihatan sebagai senarai boleh kembang.
Tambah atau keluarkan item dalam senarai kandungan
Jika Pemeriksa Dokumen tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Dokumen.
Klik butang TOC.
-
Lakukan mana-mana satu atau kedua-dua daripada berikut:
Tambah item: Klik menu timbul Tambah , pilih Tambah Gaya Perenggan dan pilih pilihan daripada submenu.
Keluarkan item: Pilih item yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Padam .