Import fail ePub
Anda boleh mengimport fail ePub 2 atau ePub 3 sebagai projek buku baru dalam iBooks Author.
Penting: iBooks Author tidak mengimport fail ePub yang dilindungi DRM (pengurusan hak digital).
Import fail ePub
Pilih Fail > Baru dari Fail ePub, pilih fail untuk diimport dan klik Buka.
-
Pilih templat dan tentukan pilihan import berikut:
Import gaya perenggan dalam fail: Pilih kotak semak “Kekalkan gaya perenggan”.
Import media dan grafik dalam fail: Pilih kotak semak “Sertakan media dan grafik”.
Nota: Anda juga boleh mencipta templat anda sendiri dan mengimport fail ePub ke dalamnya.
-
Klik Pilih.
Dalam iBooks Author, dua peringkat pertama senarai kandungan fail ePub yang diimport dikekalkan dan peringkat kandungan berikutnya diratakan.
Petua: Untuk menggantikan fon selepas anda mengimport fail ePub, pilih Format > Fon > Gantikan Fon.