Import dokumen Pages atau Word
Anda boleh mengimport dokumen Pages atau Microsoft Word ke dalam buku anda sebagai bab atau bahagiannya sendiri. Untuk menambah fail Pages yang dicipta dalam Pages 5.0 atau lebih baru, anda mesti mempunyai versi terkini Pages dipasang pada Mac anda.
Untuk memasukkan kandungan dalam bab atau bahagian, salin kandungan daripada dokumen Pages atau Word dan tampalkannya ke dalam dokumen iBooks Author.
Import dokumen
Pilih Masukkan > Masukkan Bab Dari > dokumen Pages atau Word.
Pilih dokumen untuk diimport dan klik Import.
-
Pilih tataletak dan klik Pilih.
Petua: Untuk mengimport gaya perenggan dari dokumen Pages atau Word anda, pilih kotak semak.
Nota: Beberapa elemen mungkin tidak dipindahkan seperti yang dijangka.
Petua: Anda juga boleh menyeret dokumen Pages atau Word ke dalam anak tetingkap Buku daripada Finder.