Perlukan kata laluan
Anda boleh setkan kata laluan agar hanya orang yang tahu kata laluan boleh membuka dokumen iBooks Author.
Setkan kata laluan
Jika Pemeriksa Dokumen tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Dokumen.
Klik Dokumen dan pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka” di bahagian bawah anak tetingkap Dokumen.
Masukkan kata laluan dua kali (sekali dalam medan Kata Laluan dan sekali lagi dalam medan Sahkan, masukkan petunjuk untuk membantu anda mengingati kata laluan dan klik Setkan Kata Laluan.
Untuk menukar kata laluan, klik Tukar Kata Laluan.