Lihat aksara halimunan dan sempadan objek
Anda boleh memaparkan sempadan teks, grafik dan elemen media. Anda juga boleh memaparkan aksara “halimunan” seperti pengembalian perenggan dan ruang.
Lihat sempadan atau elemen halimunan
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat sempadan di sekeliling elemen dalam halaman: Pilih Tunjukkan Sempadan Tataletak dari menu timbul Paparan dalam bar alat.
-
Lihat elemen halimunan: Pilih Tunjukkan Elemen Halimunan dari menu timbul Paparan dalam bar alat.
Petua: Untuk menjadikan halimunan menyerlah, anda boleh menukar warnanya. Pilih iBooks Author > Preferences, klik General, klik perigi warna Invisibles dan pilih warna.
Jadual di bawah menunjukkan apa yang diwakili oleh setiap aksara.
Aksara halimunan | Mewakili |
---|---|
Ruang | |
Ruang tidak terputus (Option–bar Space) | |
Tab | |
Garis pemisah (Shift-Return) | |
Pemisah perenggan (Return) | |
Pemisah halaman | |
Pemisah lajur | |
Penanda objek bersauh |