Tukar atribut lalai untuk objek
Templat iBooks Author mempunyai elemen dan objek—teks, bentuk, carta, widget dan seterusnya—dengan atribut yang dipratentukan. Anda boleh menyesuaikan elemen atau objek dan menjadikannya lalai, agar apabila anda menambah yang baru, ia menggunakan atribut tersuai anda.
Tentukan elemen atau objek tersuai sebagai lalai
-
Pilih elemen atau objek dan ubah suai atributnya:
Teks: Formatkan teks menggunakan perenggan, aksara dan gaya senarai.
Kotak teks: Laraskan saiz teks, warna, penjajaran dan jarak.
-
Jadual: Pilih bilangan baris dan lajur, gaya garis dan warna, gaya teks dan bayangan.
Nota: Jadual mengandungi kawasan pemformatan yang unik, seperti baris pengepala, lajur pengepala, sempadan dalam dan sempadan luar. Untuk mengesetkan atribut jadual lalai, anda mesti menggunakan atribut pada keseluruhan kawasan pemformatan. Sebagai contoh, jika anda menukar pemformatan satu sel dan baris pengepala, perubahan tidak disimpan sebagai sebahagian daripada gaya jadual lalai; anda perlu menggunakan pemformatan yang sama untuk semua sel dalam baris pengepala.
Pilih Format > Lanjutan > Tentukan Gaya Pilihan Lalai.