Tukar seting pembaris

Dalam keutamaan iBooks Author, anda boleh menukar seting untuk pembaris dan panduan dengan cepat.

  • Panduan Penjajaran muncul apabila anda menyeret objek—memberi anda maklum balas pantas mengenai kedudukan relatif objek—dan hilang apabila anda berhenti menyeret.

  • Panduan Jarak relatif muncul apabila dua atau lebih item dibariskan pada halaman buku.

  • Panduan Saiz relatif muncul apabila anda melaraskan saiz objek pada halaman buku.

Laraskan seting pembaris

  1. Jika pembaris mendatar tidak kelihatan, pilih Tunjukkan Pembaris dari menu timbul Paparan dalam bar alat.

  2. Pilih iBooks Author > Keutamaan dan klik Pembaris.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tukar unit ukuran dalam pembaris: Pilih item daripada menu timbul Unit Pembaris.

    • Tetapkan pembaris untuk bermula di tengah halaman: Pilih “Letakkan asal di tengah pembaris.”

    • Paparkan ukuran sebagai peratusan jarak merentas halaman: Pilih “Paparkan unit pembaris sebagai peratusan.”

Sesuaikan panduan penjajaran

  1. Pilih iBooks Author > Keutamaan dan klik Pembaris.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tukar warna panduan penjajaran: Klik perigi warna Panduan Penjajaran dan pilih warna dalam tetingkap Warna.

    • Tunjukkan panduan apabila pusat objek sejajar dengan objek lain atau bahagian tengah halaman: Pilih “Tunjukkan panduan di tengah objek.”

    • Tunjukkan panduan apabila pinggir objek sejajar dengan objek lain: Pilih “Tunjukkan panduan di pinggir objek.”

Sesuaikan saiz relatif dan panduan jarak

  1. Pilih iBooks Author > Keutamaan dan klik Pembaris.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tukar warna panduan saiz dan jarak: Klik perigi warna Jarak & Pensaizan Objek dan pilih warna dalam tetingkap Warna.

    • Tunjukkan jarak relatif objek kepada objek lain: Pilih “Tunjukkan jarak relatif.”

    • Tunjukkan saiz relatif objek kepada objek lain: Pilih “Tunjukkan saiz relatif.”