Cipta senarai
Secara lalai, iBooks Author mencipta senarai untuk anda secara automatik, apabila anda menaip teks yang kelihatan seperti senarai. Contohnya, jika anda menaip bulet (Option-8), ruang dan teks, iBooks Author memformatkan perenggan seterusnya secara automatik sebagai senarai dengan menambah bulet untuk anda.
Anda juga boleh menjadikan perenggan sebagai senarai dan sebaliknya. Anda boleh memformatkan senarai menggunakan anak tetingkap Senarai pada Pemeriksa Teks:
Formatkan senarai
Jika Pemeriksa Teks tidak terbuka, klik Pemeriksa dalam bar alat dan klik butang Pemeriksa Teks.
Dalam Pemeriksa Teks, klik Senarai.
-
Ketik teks yang anda mahu formatkan.
Anda boleh memilih teks yang anda mahu tukarkan menjadi senarai atau teks yang sudah diformatkan sebagai senarai.
-
Pilih jenis senarai daripada menu timbul Bulet & Penomboran.
-
Bulet Teks: Pilih salah satu daripada simbol yang disediakan atau taipkan aksara anda sendiri dalam medan.
Anda juga boleh memilih aksara khas dan menyeretnya ke medan.
Bulet Imej: Pilih salah satu daripada simbol yang disediakan.
Imej Tersuai: Gunakan imej anda sendiri sebagai bulet. Untuk memilih imej, klik Pilih atau seret imej baru pada medan.
Nombor: Cipta senarai bernombor.
Nombor Berperingkat: Cipta senarai gaya sah (1, 1.1., 1.1.1 dan seterusnya).
-
-
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Naikkan atau turunkan item dalam senarai: Klik butang Paras Inden (dalam anak tetingkap Senarai pada Pemeriksa Teks) atau pilih Format > Teks > Pilihan.
Tukar nombor yang memulakan senarai bernombor: Pilih “Mula pada” dan taipkan nombor.
Naikkan atau kurangkan saiz bulet secara automatik apabila anda menukar saiz teksnya: Pilih “Skala dengan teks.”
Tukar jarak antara margin dan bulet (atau nombor): Gunakan medan Inden Bulet atau medan Inden Nombor.
Tukar jarak antara bulet (atau nombor) dan teksnya: Gunakan medan Inden Teks.
Hentikan mencipta senarai automatik
Tekan Return dua kali.
Aktifkan atau nyahaktifkan penjanaan senarai automatik
Pilih iBooks Author > Keutamaan dan klik Pembetulan Auto.
Pilih atau nyahpilih “Kesan senarai secara automatik.”
Tukarkan senarai menjadi teks biasa
Pilih semua teks dalam senarai.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam bar format, pilih Tiada daripada menu timbul Senarai .
Dalam Pemeriksa Teks, pilih Tiada Bulet daripada menu timbul Bulet & Penomboran.
Anda juga boleh mencipta gaya senarai dan menambah gaya baru pada laci Gaya.