Tambah aksara khas, simbol dan simbol matematik
Gunakan tetingkap Aksara untuk memasukkan aksara khas, seperti simbol matematik, huruf dengan tanda aksen, anak panah dan dingbat.
Nota: Aksara Emoji (muka senyuman) tidak disokong.
Masukkan aksara khas atau simbol
Letakkan titik pemasukan di tempat anda mahukan aksara khas atau simbol untuk muncul.
Pilih Edit > Aksara Khas.
Dalam tetingkap Aksara, pilih kategori daripada senarai di sebelah kiri dan dwiklik aksara untuk memasukkannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai tetingkap Aksara, klik desktop anda dan pilih Bantuan > Pusat Bantuan.