Semak ejaan
Secara lalai, perkataan yang tidak dikenali akan mempunyai garis merah terputus-putus di bawahnya. Untuk menyahaktifkan pilihan ini, pilih Edit > Ejaan > Semak Ejaan sambil Anda Menaip, agar tiada tanda semak bersebelahan item menu.
Petua: Untuk melihat dengan cepat ejaan yang dicadangkan untuk perkataan, Control-klik perkataan dan pilih pilihan daripada bahagian atas menu pintasan.
Semak ejaan dokumen
Letakkan titik pemasukan di tempat yang anda mahukan semakan ejaan bermula atau pilih teks khusus untuk disemak.
-
Untuk mencari perkataan salah eja dengan cepat, pilih Edit > Ejaan > Semak Ejaan.
Perkataan pertama dengan ejaan salah akan diserlahkan. Anda boleh membetulkannya atau menekan Command-Noktah Bertindih (;) untuk menyerlahkan salah ejaan seterusnya.
-
Untuk menyemak ejaan dan melihat cadangan untuk perkataan salah ejaan, pilih Edit > Ejaan > Ejaan.
Dalam tetingkap Ejaan, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:
Menggantikan perkataan yang diserlahkan dengan salah satu pembetulan yang dicadangkan. Dwiklik cadangan.
Jika perkataan yang betul tidak muncul dalam senarai ejaan yang dicadangkan tetapi anda tahu ejaan yang betul: Taipkan perkataan di bahagian atas tetingkap Ejaan dan klik Tukar.
Jika perkataan adalah betul dan anda mahu menambahnya pada kamus (agar ia tidak ditandakan sebagai salah ejaan): Klik Pelajari. Untuk membuat asal kesan Pelajari, Control-klik perkataan dan pilih Lupakan Ejaan daripada menu pintasan.
Biarkan perkataan seperti sedia ada tetapi jangan tambahnya pada kamus. Klik Abaikan.
Jika tiada ejaan alternatif muncul: Taipkan semula perkataan dalam tetingkap Ejaan menggunakan ejaan lain dan klik Teka untuk melihat sama ada cadangan baru muncul.
Cari perkataan salah ejaan seterusnya: Klik Cari Seterusnya.